AHA BHA LOTION HAUS atau Super Potent AHA + BHA Exfoliating Lotion ni adalah produk terbaru dari Haus Cosmetics untuk tahun 2021.
Alhamdulillah, dengan berani dan yakin founder Puan Eiyma Jalil telah membuka lembaran baru dalam teknologi terkini dalam bidang kecantikan di Malaysia.
SENARAI BAHAN
Texture : liquid
KKM-Approved : NOT210201509K
Aqua, Glycolic Acid, Aminomethyl Propanol, Salicylic Acid, Niacinamide, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Propanediol, Centella Asiatica Extract. Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomillia Recutica (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice Powder, Allantoin, Tetrasodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin
BAHAN-BAHAN UTAMA AHA BHA LOTION HAUS
Penjagaan kulit Super Potent adalah terma yang digunakan untuk penjagaan kulit dengan hasil keberkesanan yang berintensif tinggi dalam mengembalikan kekuatan sistem pertahanan kulit.
Formulasi Super Potent boleh terdiri daripada pelbagai bahan aktif yang telah diuji secara saintifik dan klinikal oleh para pengkaji yang pakar di dalam bidangnya.
Rangkaian siri Super Potent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, dan Aloe Vera.
Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpatent.
Glycolic Acid adalah Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang larut air, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati dan membekalkan kelembapan kepada kulit.
Selain itu, ia juga meningkatkan penghasilan protein kolagen dan elastin. Hasilnya sudah pasti untuk kulit yang lebih tegang dan anjal tanpa garis halus dan kedutan.
Salicylic Acid adalah Beta Hydroxy Acid (BHA) yang larut minyak, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif. Dengan sifatnya, ia dapat meredakan jerawat.
Niacinamide dengan ciri pengawalan sebum yang hebat dapat mengurangkan masalah kulit berminyak melalui regulasi penghasilan sebum. Apabila serum terkawal, jerawat juga dapat dikawal.
Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water adalah astrigen dengan ciri antioksidan, anti-radang, dan anti-bakteria. Dengan ini. Witch Hazel dapat membantu mengetatkan liang pori yang terbuka bagi menghasilkan penampilan kulit yang lebih mulus.
Ekstrak Pegaga kaya dengan anti-oksidan semula jadi. Ia dapat membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan, dan hebat dalam penyembuhan luka dan parut.
la juga adalah bahan terbaik untuk sistem pertahanan kulit. Skin barrier yang sihat bermaksud kulit dalaman dan luaran yang jauh lebih sihat.
AWAS: Produk ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap sinaran matahari dan kadar kesan kulit terbakar. Gunakan pelindung UV ketika menggunakan produk ini di waktu siang dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.