Categories
Beauty Facial beauty Skincare

BEAU BRIGHT JELLY | SUPPLIMENT CANTIK

Beau Bright Jelly adalah salah satu supplement kecantikan yang dikeluarkan oleh Haus. Ia diformulasi dengan Teknologi Swiss Kolaborasi bersama Dr. Fred Zulli dari Mibelle Biochemistry. Satu kebangsaan besar untuk saling bekerjasama dengan pakar kecantikan dari luar negara.

SENARAI BAHAN

RO Water, Strawberry Concentrate, Blackcurrant Concentrate, DracoBelle™ Nu (Moldovian Dragonhead Extract), Vitamin C (Ascorbic Acid), Mixed Berries Extract (Strawberry Blueberry, Blackcurrant, Bearberry), N-Acetyl L-Cysteine (NAC) Hithion” (Yeast Extract), Pueraria Mirifica, Pueraria Lobato Soy Isoflavones, M-Gard (Beto-13/16-Glucand), Mineral Premix (Kalsium, Magnesium, Zat Besi, Zink, Kalium, Natrium, Kuprum, Molibdenum, Kromium, lodin, Selenium, Vitamin Premix (Vitamin A, Vitamin E, Vitamin B12, Vitamin D, Vitamin K, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B6, Vitamin B7, Folic Acid, Vitamin 85) Astaxanthin, Lycopene (Tomato Extract), Contain Acesulfame Potassium as Permitted Non-Nutritive Sweetener, Contain Colour, Flavour, Preservatives, Thickening Agent, and Acidity Regulator as Permitted Food Conditioner

KEISTIMEWAAN BEAU BRIGHT JELLY

Ajaibnya bahan utama dalam Beau Bright Jelly ini, dapat menghasilkan formula anti-penuaan dengan bahan ramuan yang terbaik untuk kecantikan dari dalam. Antaranya :

  • Meningkatkan penghasilan kolagen untuk menghalang tanda-tanda penuaan
  • Meningkatkan keanjalan, kelembapan, dan kepejalan kulit.
  • Mencerahkan & Anti-Jerawat
  • Awet muda & wajah lebih “glowing”
  • Sesuai untuk usia 18 tahun ke atas

FOKUS FORMULA

  • Kecantikan dari dalaman.
  • Anti-penuaan dan keremajaan.
  • Pemulihan kolagen.
  • Penghasilan semula kulit yang sihat.
  • Hidrasi kulit.

KEUNIKAN JELLY CANTIK HAUS

  • Tekstur jeli yang lembut
  • Berwarna merah keperangan
  • Rasa masam manis
  • Tiada bahan berasaskan haiwan
  • Tiada bahan berasaskan kolagen

BAHAN-BAHAN UTAMA

KAJIAN KES : TEKNOLOGI SWISS DRACOBELLE™

Dracobelle™ Nu (Moldavian Dragonhead Extract) adalah suatu bahan yang membantu meningkatkan sejumlah kolagen dalam kulit secara semulajadi. Ia membawa perubahan kepada kelihatan muda dengan kulit yang padat dan anjal.

Kesan Dracobelle™ Nu pada parameter kulit telah didiuji pada 32 sukarelawan wanita (purata umur : 50.8 tahun) dengan kulit yang rosak akibat kerosakan sinar UV. 200mg DracoBelle Nu telah diambil setiap hari dalam minuman pilihan sukarelawan dalam tempoh 8 minggu.

Parameter ujian kulit dibandingkan pada kedua-dua permulaan dan akhir kajian :

  • Kelembapan kulit meningkat 14.4 % ⬆️
  • Keanjalan kulit meningkat 6.7% ⬆️
  • Kepejalan kulit meningkat 2.5% ⬆️

Peserta menyatakan :

  • 94% rasa kulit semakin baik
  • 75% berpuas hati dengan produk
  • 72% rasa kulit lebih lembap

BAHAN-BAHAN AKTIF YANG LAIN

HITHION™ berasal dari Ekstrak Yis yang mengandungi kandungan Glutathione semulajadi dari Yis Torula. lanya berkesan untuk pencerahan kulit dengan ciri antioksidannya yang tinggi.

Bertindak dengan menghalang aktiviti enzim tyrosinase bagi mengurangkan penghasilan pigment eumelanin yang akan mencacatkan penampilan wanita seperti masalah jeragat. Dalam masa yang sama, Hithion juga menggalakkan reaksi penghasilan pheomelanin untuk kulit wajah yang lebih cerah dan sihat.

Vitamin C (asid askorbik) merupakan vitamin larut air yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak boleh disimpan di dalam tisu badan menjadikannya nutrisi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Pengambilan yang berterusan menjadikan ia booster bagi sistem imunisasi badan yang sihat dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Antara manfaat Vitamin C yang lain :

  • Antioksida – Melawan radikal bebas yang merosakkan sel
  • Anti-aging – Booster bagi penghasilan kolagen menjadikan kulit lebih anjal dan lembap
  • Antibodi – Meningkatkan penghasilan antibodi – rintangan serangan penyakit (protein yang meneutralkan microb)
  • Sel Darah Putih – Meningkatkan penghasilan sel darah putih bagi melawan virus dan bakteria

Ekstrak campuran buah beri seperti Strawberry, Bearberry, Blueberry, Blackcurrant. Ia bermanfaat sebagai antioksida dalam melawan radikal bebas yang menyebabkan kepada tekanan oksidatif dan kemusnahan sel dan membawa kepada penyakit.

NAC L-cysteine merupakan asid amino yang terhasil di dalam badan secara semulajadi. Ia merupakan binaan utama kepada glutathione (powerfull antioksida). NAC L-cysteine akan diserap di usus kecil dan diedarkan melalui saluran darah.

Antara manfaat kesihatannya :

  • Menghalang penghasilan eumelanin (pigmen gelap
  • merangsang penghasilan glutathione (mencerahkan kulit)
  • melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit.

Pueraria Mirifica – Kajian telah menunjukkan Pueraria mirifica tinggi dengan sebatian aktif phytoestrogen. Ia membantu mengekalkan keseimbangan hormon wanita.

Apabila hormone estrogen menurun, Wanita akan mengalami masalah perubahan mood, hot flashes, nafsu berkurang, tidur terganggu dan masalah lain. Phytoestrogen juga membantu dalam kesihatan buah dada dalam menyokong keanjalan dan melindungi sel dari rosak.

LANGKAH PENGGUNAAN

  • Ambil 1 sacet Beau Bright Jelly (20ml) sehari, sebelum makan pada waktu pagi atau malam
  • Wajib meminum air putih secukupnya

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *