BOAB BRIGHTENING SERUM HAUS adalah serum bertekstur gel yang berasaskan air. Tidak melekit, ringan dan selesa. Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit anda.
Gabungan bahan Omegalight dan Vitamin C menjadikan serum ini berkuasa dalam memudarkan jeragat tebal dan parut gelap yang sudah lama berada di permukaan kulit.
SENARAI BAHAN
Texture : Gel
KKM-Approved : NOT201104042K
Laminaria Digitata (Algae) Extract, Aqua, Glueonobacter/Honey Ferment Filtrate. Glycerin. Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Saccharide Isomerate, Propylene Glycol Sodium Acrylates Copolymer, Dicaprylyl Carbonate, Niacinamide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Phenoxyethanol. Dicaprylyl Ether. Safflower Seed Oil Piperonyl Esters, Borago Officinalis Seed Oil, Lecithin, Citric Acid, Arginine, Maltodextrin. Fragrance, Hydroxyethylcellulose. 4-butylresorcinol, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl, Hydroxyhydrocinnamate, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate, EDTA, Dextrin, Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin, Capparis Spinosa Fruit Extract, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Citrus Sinensis (Orange) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Extract, Sodium Citrate
BAHAN-BAHAN UTAMA BOAB BRIGHTENING SERUM HAUS
Formula baharu yang ditambahbaik dengan Algae ini dihasilkan khas untuk merentasi masa kembali kepada kulit bayi tanpa cela.
Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dapat dihapuskan.
Vitamin C untuk mencerahkan kulit. Manakala Vitamin A mengekalkan kesihatan kulit. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat. Menjadikan kulit sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.
Laminaria digitata (Algae) extract adalah spesis Brown Algae yang tumbuh di kawasan pantai Atlantik Utara. Selain Alginate, Algae juga kaya dengan mineral seperti lodin. Magnesium, Kalium, Potassium, dan Sodium.
Secara keseluruhannya, Algae bertindak sebagai anti-oksidan dan membekalkan sumber mineral semulajadi untuk kulit. Agar kulit lebih sihat, kekal lembap dan bebas dari tanda penuaan.
Serum ini dimasukkan bersama bahan premium yang berkuasa untuk melembapkan iaitu Saccharide Isomerate untuk hidrasi sehingga 72 jam.
Sodium Hyaluronate di mana kemampuannya untuk menguatkan skin barrier tidak dapat disangkal lagi. Niacinamide telah digunakan secara meluas untuk pencerahan kulit dan merawat jerawat dengan efektif.
Minyak biji Jojoba melembut dan mengurangkan kemerahan disebabkan kulit kering. Vitamin E dan B kompleks semulajadinya membaiki sel sel kulit rosak dan merangsang keremajaan kulit.
Fermented Honey adalah anti-oksidan semula jadi. Ia membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan. Malah, hebat dalam merangsang penghasilan semula sel kulit baharu.
Ekstrak daun Olive yang kaya dengan anti-oksidan semula jadi. Membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan. Ia juga hebat dalam penyembuhan luka dan parut.
Awas : Produk ini tidak sesuai untuk kulit muka yang mempunyai masalah jerawat dan masalah skin barrier yang tidak kuat.
Pengguna wajib kukuhkan dahulu asas penjagaan kulit. Jika tidak, Ia akan mengakibatkan terjadinya masalah kulit kering bila kulit tidak berada dalam kelembapan yang tinggi.