Brightening Cream Cleanser | Haus Skin, pencuci muka berbuih halus yang mewah dan menghidratkan. Ia mampu menanggalkan kotoran sebum berlebihan serta membantu membersihkan pori-pori.
SENARAI BAHAN
Texture : Gel-Cream
KKM-Approved : NOT220802668K
Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Acrylates Copolymer, Laminaria Digitata (Algae) Extract, Glycerin, Potassium Cocoyl Glycinate, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Sodium Hyaluronate, Phenoxyethanol, Hydroxyethylcellulose, Sodium Methyl Oleoyl Taurate, Butylene Glycol, Citric Acid, Niacinamide, Propylene Glycol, Pachyrhyzus Erosus (Root) Extract, Coco Glucoside, Lauryl Glucoside, Aminomethyl Propanol, Fragrance, Triethylene Glycol, Centella Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Potassium Sorbate, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Sodium Benzoate, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract.
KEISTIMEWAAN BRIGHTENING CREAM CLEANSER
Ia terhasil apabila mendapat pelbagai feedback dari pihak pengguna yang menggunakan Super Intense Cream Cleanser. Pencuci muka yang lebih fokus pada kulit berminyak dan berjerawat.
Antara yang menyatakan, mereka memerlukan pencuci yang extra moist untuk kulit jenis normal, kering dan kombinasi. Agar kulit terasa sangat lembut dan terhidrat dengan baik semuanya dalam satu langkah.
la dibuat dengan berasaskan Asid Amino untuk menyuburkan kulit yang kering, rosak dan sensitif dengan menyerupai komponen asid amino semulajadi yang diperlukan oleh kulit . Ekstrak Alga dan Sodium Hyaluronate memegang kuat pada lapisan kulit untuk memberikan kulit yang kekal lembap dan lembut dalam jangka masa lama, walaupun selepas dibilas.
Sesuai untuk semua peringkat umur dari kalangan wanita mahupun lelaki seawal usia remaja. Manfaat kelembapan berganda daripada Sodium Hyaluronate dan Ekstrak Alga, membantu menguatkan dan meningkatkan fungsi skin barrier. Kulit lebih lembap dan lembut sebaik sahaja selepas penggunaan dan kekal dalam jangka masa panjang.
Membantu pemulihan sel-sel kulit yang rosak dan mengurangkan kadar pigmentasi, jeragat dan bintik hitam dengan kehadiran Niacinamide di dalamnya. Mencerahkan tona kulit secara lebih sekata dengan Ekstrak Sengkuang. Mengimbangkan semula mikrobiome semulajadi di permukaan kulit.
CIRI-CIRI BRIGHTENING CREAM CLEANSER
- pH 5.5 yang mesra kulit
- Berwarna putih
- Tekstur krim lembut
- Dengan haruman istimewa HAUS
- Tiada bahan berasaskan haiwan
- Bebas SLS, bebas Paraben, bebas Alcohol
LANGKAH PENGGUNAAN
- Ambil sejumlah Brightening Cream Cleanser dengan saiz kacang pea pada tapak tangan.
- Basahkan tapak tangan dengan air dan gosok untuk menghasilkan buih.
- Urut membulat perlahan-lahan pada seluruh muka dan leher secara menyeluruh selama 60 saat.
- Bilas dengan air dan keringkan kulit.
- Gunakan dua kali sehari untuk kulit yang lebih bersih , lembap dan berseri.