Centella Asiatica Extract meredakan radang kulit terutamanya kulit sensitif dan extra kering. Tumbuhan ini atau nama melayunya adalah pegaga.
Kini, Ia telah menjadi bahan utama dalam produk penjagaan kulit terutama brand penjagaan kulit dari Korea. Penangan kulit orang Korea yang putih mulus dan berseri.
Untuk merealisasikan impian rakyat Asia, merasai kulit wajah yang lebih sihat dan cantuk. Haus telah meletakkan Centella Asiatica ini menjadi antara bahan aktif utama di dalam rangkaian Haus Skin.
MANFAAT CENTELLA ASIATICA
Jom lihat manfaat dan keistimewaan Centella ini. Apakah sifat yang ada pada tumbuhan ini yang menjadikan ia amat popular di kalangan jenama penjagaan wajah di Korea.
Walaupun ianya kecil, ia mempunyai sifat anti-radang. Oleh kerana itu, ia sering dijadikan sebagai bahan aktif untuk produk jerawat atau yang berkaitan dengan masalah kulit seperti psoriasis dan scleroderma.
Centella, membantu pertumbuhan sel-sel kulit baru dan berkesan dalam memperbaiki dan merawat luka-luka kecil. Ia sering dipanggil sebagai tumbuhan herba pada masa dulu.
Berfungsi juga sebagai anti-oksidan dalam melindungi kulit dari mengalami kerosakan serangan radikal bebas seperti pencemaran dan serangan virus atau bakteria.
Centella juga mempunyai kelebihan dalam membantu meningkatkan penghasilan kolagen. Secara tidak langsung apabila digunakan secara konsisten secara topikal, ia akan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan dan menganjalkan semula kulit.
Mempunyai manfaat dalam mengekalkan hidrasi kulit. Ia adalah salah satu bahan penghidratan yang bagus untuk meredakan keradangan kulit sensitif seperti kulit yang sering mengalami masalah kering, kegatalan, kemerah-merahan.
PRODUK YANG DISYORKAN
Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream
Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion
Rujukan
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3834700/