Categories
Beauty Facial beauty Skincare

CERAMIDE CREAM | HAUS SKIN

Ceramide Cream Haus atau nama sebenarnya adalah SUPER POTENT CERAMIDE + CICA BARRIER CREAM. Baru sahaja dilancarkan pada awal Jun 2021. 1000 botol habis dalam masa kurang seminggu. Inilah dia, Panjangkan namanya.

Super potent skincare, terma nya bermaksud formulasi yang digunakan untuk penjagaan kulit dengan hasil keberkesanan yang berintensif tinggi. Keutamaannya dalam mengembalikan kekuatan sistem pertahanan kulit.

Formulasi Super potent boleh terdiri daripada pelbagai bahan aktif yang telah diuji secara saintifik dan klinikal oleh para pengkaji yang pakar di dalam bidangnya.

SENARAI BAHAN :

Finishing : cream
KKM-Approved : NOT210503101K

Aqua, Dicaprylyl Carbonate, Laminaria Digitata (Algae) Extract, Acrylates/Beheneth-25 Methacrylate Copolymer, Glycerin, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Propylene Glycol, Jojoba Esters, Cetyl Palmitate, Polyglyceryl-4 Isostearate, PEG-10 Dimethicone, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Cyclopentasiloxane, Dimethiconol, Phenoxyethanol, Squalane, Sodium Polyacrylate, Polyglyceryl-3 Caprate, Myrica Cerifera (Bayberry) Fruit Wax, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice Powder, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Allantoin, Caprylic/Capric Triglyceride, Disteardimonium Hectorite, Ceramide-NP, Citrus Medica Limonum (Lemon) Peel Oil, Pachyrrhizus Erosus Root Extract, Phytosterol, Stearic Acid, Trisodium EDTA, Ethylhexylglycerin. Pentaerythrityl Tetra-d-t-butyl, Hydroxyhydrocinnamate, Centella Asiatica Extract, Hydrogenated Lecithin, Cholesterol, Cl 14700, CI 15510, Citric Acid, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Octadecyl Di-t-butyl-4-hydroxyhydrocinnamate.

PENGENALAN

Antara bahan aktif yang ada dalam Ceramide Cream ini, antaranya Ceramide NP, Centella Asiatica (Cica), Allantoin, dan Brown Algae.

Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Super potent Ceramide + Cica Barrier Cream.

‘Krim barrier’ dengan gabungan Ceramide NP dan Ekstrak Pegaga atau Centella Asiatica (CICA) adalah bahan aktif utama produk.

Ia bertindak untuk memulihkan kembali penghadang kulit (skin barrier) yang telah rosak. Begitu juga membina kembali dan mengekalkan skin barrier yang lebih sihat dan kuat.

BAHAN – BAHAN UTAMA CERAMIDE CREAM HAUS

Diformulasi dengan Ceramide NP atau ceramide 3 yang menyamai komposisi ceramide semulajadi yang terdapat pada kulit manusia, ia berfungsi sebagai penghadang kulit yang paling penting.

Manakala Centella Asiatica (Cica) pula berkesan untuk mengurangkan kesan radangan yang sering dialami individu kulit sensitif.

Gabungan kedua bahan utama ini akan memberikan kesan optimum pada penghadang kulit. Lalu ia menjadikan keadaan kulit lebih seimbang dan sihat.

Laminaria digitata (Algae) extract adalah spesis Brown Algae yang tumbuh di kawasan pantai Atlantik Utara. Selain Alginate, Algae juga kaya dengan mineral seperti iodin, magnesium, kalium, potassium, dan sodium secara keseluruhannya.

Algae bertindak sebagai anti-oksidan dan membekalkan sumber mineral semulajadi untuk kulit agar lebih sihat, mengekalkan kelembapan dan bebas dari tanda penuaan.

la mengunci kelembapan dan hidrasi yang mendalam dan berpanjangan kepada kulit.

Selain itu, bahan Allantoin, Ekstrak Green Tea, dan Ekstrak Akar Sengkuang menjadikan kulit jauh lebih lembut dan halus. Ia juga dapat mengembalikan keremajaan kulit, mengurangkan iritasi, dan memulihkan sel kulit yang telah rosak.

TANDA SKIN BARRIER ROSAK

Jika awak nak ketahui tanda skin barrier yang rosak, awak boleh lihat dan rasa keadaan permukaan wajah. Adakah kulit muka awak mengalami,

  • Kulit kering dan kasar atau dehydration
  • Kulit kusam dan tona tak sekata
  • Kulit selalu keradangan dan kegatalan seperti ekzema dan penyakit kulit lainnya
  • Kondisi kulit jadi sensitif terhadap matahari
  • Jerawat sering muncul atau bertambah (acne prone)

Jika antara tanda di atas terjadi pada kulit awak, bermaksud penghadang kulit atau skin barrier awak bermasalah. Ia tidak dapat lagi melindungi kulit awak dari ancaman persekitaran seperti sinar uv, bakteria dan virus.

Dipermukaan kulit juga tidak dapat mengunci kelembapan sehingga air mudah meruap hilang ke udara. Ia juga dikenali sebagai Transepidermal water loss (TEWL).

ATASI MASALAH KULIT ANDA DENGAN CERAMIDE CREAM HAUS

Jika masalah kulit itu menghantui awak sekarang, awak wajib dapatkan Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream ni. Insya Allah, kesan dapat dilihat seawal 2 minggu. Pasti kulit awak akan beransur-ansur sihat dan cantik berseri kembali.

Kulit yang sihat dengan pertahanan dan penghadang kulit yang kuat, segala masalah kulit dapat diatasi. Kulit awak pasti kembali kelihatan lebih muda, anjal dan cantik semula.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *