DOLCE CLASSIC PREMIX COFFEE HAUS adalah Kopi premium Arabika dengan aroma memukau bersama ekstrak herba terpilih. Ramuan TANPA gula tambahan.
SENARAI BAHAN :
20g x 10 sachet
Krimer Tanpa Tenusu, Serbuk Susu Skim, Kopi Arabika Segera, Serbuk Kopi Segera, Ekstrak Bawang Putih hitam, Ekstrak Halia Hitam, Ekstrak Habbatussauda, Mengandungi perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan.
BAHAN-BAHAN UTAMA DOLCE CLASSIC PREMIX COFFEE HAUS
Classic Coffee haus menjadi tarikan pengguna kerana menggunakan gula sintetik iaitu acesulfame potassium pemanis tanpa zat, zero glycemix index dan zero kalori. Ia tidak akan meningkatkan bacaan gula dalam darah.
EKSTRAK HALIA HITAM/ BLACK GINGER EXTRACT
Halia hitam mempunyai manfaat kesihatan yang banyak. Nama botaninya adalah Kaempferia parviflora, tumbuhan ini berasal dari negara Thailand dan merupakan anggota keluarga Zingiberaceae atau halia.
Antara manfaat kesihatannya, dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Enzim yang terdapat dalam herba ini, AMP-activated protein kinase (AMPK) yang dapat meningkatkan metabolisma glukosa.
Seperti halia dan kunyit, halia hitam mengandungi antioksida yang kuat dapat membantu melindungi sel dari kerosakan oksidatif radikal bebas.
Pengurusan Berat badan, Metabolisma yang baik dapat memberi kesan yang baik kepada tubuh. Pembakaran glukosa yang baik dapat meningkatkan penurunan berat badan.
Ia berlaku apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan senaman. AMPK telah dikaitkan dalam kajian bagi menurunkan lemak dan meningkatkan otot.
Gabungan diantara antioksida dan metabolik dapat membantu meningkatkan daya tahan dan stamina. AMPK telah terbukti meningkatkan daya tahan sebanyak 44%.
EKSTRAK BAWANG PUTIH HITAM/ BLACK GARLIC EXTRACT
Bawang putih hitam, sejenis bawang putih yang ditapai. Ia mempunyai banyak manfaat kesihatan dan tinggi kandungan antioksida.
Bawang putih hitam (Allium sativum L.) adalah bawang putih yang ditapai dari bawang putih segar selama 10 hari pada suhu tinggi (40 hingga 60 °C) dan kelembapan tinggi. Proses tersebut juga menggelapkan bawang putih menjadi warna hitam.
Antara manfaat kesihatannya, ia kaya dengan antioksida. Oleh itu, dapat menguatkan imun tubuh dan membantu melawan pertumbuhan kanser.
Selain itu, ia juga membantu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan kadar kolesterol HDL (baik). Bagus sebagai nnti-keradangan & anti alergi.
HABATUSSAUDA/ BLACK SEED
Habatussauda atau Nigella sativa, merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia barat. la digunakan untuk rawatan asma, diabetes, darah tinggi, penurunan berat badan, dan penyakit lain.
Salah satu komponen utamanya adalah thymoquinone, sebatian dengan sifat antioksidan. Habatussauda mempunyai sejarah penggunaan lebih dari 2000 tahun.
Antara manfaat kesihatannya adalah, meredakan Rheumatoid Arthritis, membantu meredakan nasal inflammation, mengawal gula dalam darah dan meredakan Asthma.