Categories
Beauty Cosmetics Facial beauty Lips care Make-up Skincare

FACE EXFOLIATOR – CHEMICAL vs. PHYSICAL

Face Exfoliator – Physical vs. Chemical, mana yang lebih sesuai digunakan mengikut kondisi kulit. Fungsi utama yang sama iaitu membuang sel-sel kulit mati tetapi dengan cara dan kelebihan yang berbeza.

WAJIB KE PAKAI FACE EXFOLIATOR?

Kulit kita secara semulajadi melakukan tugas-tugas pengelupasan kulit. Bila lengkap 1 kitaran sel kulit, dengan sendirinya sel-sel kulit mati akan tertanggal sendiri tanpa kita sedari.

Jom lihat Carta Kitaran Sel Kulit di bawah. Kenalpasti korang dalam kategori umur dan berapa hari untuk lengkapkan 1 kitaran sel kulit.

CARTA KITARAN SEL KULIT
03 – 05 hari = Bayi
10 – 21 hari = Kanak-kanak / Remaja
14 – 21 hari = 20an
28 – 45 hari = 30an
45 – 60 hari = 40an
60 – 90+ hari = > 50an

Pernah dengar kata-kata orang lama? Luka budak-budak ni cepat je sembuh. 3 – 4 hari terkatup la luka tu. Mengikut istilah sains pula, ini adalah proses sel kulit baru telah menggantikan sel kulit mati yang tertanggal (luka).

Akan tetapi, kitaran sel kulit normal iaitu 28 hari menjadi semakin perlahan disebabkan beberapa faktor. Antaranya faktor persekitaran terutamanya sinar UV dan usia yang kian meningkat.

Beware kaum hawa. Melepasi usia 25 tahun, kitaran sel kulit mulai perlahan. Ia juga dikenali sebagai fasa pra-penuaan / pra-aging. Mungkin pada umur lebih 30an, kitarannya menjadi 35 hari atau lebih.

Ini mengakibatkan terjadinya kulit kelihatan kusam kerana sel-sel kulit mati tidak mampu untuk tertanggal secara normal (28 hari) dan menjadi berlapis-lapis di permukaan wajah.

Lama-kelamaan, tona kulit jadi tidak sekata, wajah mudah terasa kering, kelihatan garis-garis halus dan kurang anjal. Bayangkan jika kita langsung tidak melakukan face Exfoliator. Pasti wajah kelihatan tua dari usia.

Yang mempunyai masalah jerawat juga, susah untuk dikawal kerana liang pori mudah tersumbat dan berlakunya jerawat yang berulang-ulang. Manakala, masalah berjeragat juga mudah terjadi akibat pendedahan dari sinar uv.

PERBEZAAN PHYSICAL vs. CHEMICAL EXFOLIATOR

Face Exfoliator

MENCARI KESESUAIAN JENIS FACE EXFOLIATOR

Bagi yang berumur bawah 25 tahun, physical exfoliator adalah digalakkan kerana kitaran sel kulit masih normal kecuali yang ada masalah jerawat serius dan kulit extra kering.

Usia atas 25 tahun pun tiada masalah untuk menggunakannya. Bagus dan digalakkan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam dan jeragat jika terdapat bahan exfoliate dan pencerah di dalam formulasinya.

Chemical exfoliator pula, cari la % yang rendah untuk permulaan dan boleh guna bermula 25 tahun dan ke atas. Menggunakan bahan exfoliate AHA BHA dan PHA akan mengakibatkan kulit mudah kering dan sensitif.

Oleh itu, wajib pastikan kulit wajah dalam keadaan bersedia, cukup moisture dan hydrate untuk kulit kekal lembap dan sihat. Pelindung suria @ sunscreen wajib dipakai secukupnya untuk elak berlakunya photosensitivity berlaku.

KESIMPULAN

Dah baca perbezaannya? Dah tahu kelebihan & kekurangan. Sekarang awak tentu dah boleh agak nak guna pysical atau chemical exfoliator.

Hakak Yuzi nak tekankan, jika awak masih dibawah 25 tahun, tidak disyorkan guna chemical exfoliator. Kenapa? Sel-sel kulit mati masih aktif. So jangan saja-saja nak rosakkan kulit awak ya. Kekonon nak glass skin. Sayang kulit kot.

PRODUK YANG DISYORKAN

BOAB Scrub Cleanser

AHA BHA Exfoliating Lotion

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *