Haa.. Sebelum kenal produknya, wajib kenal orang belakang tabirnya kan. Mesti ramai tertanya-tanya kan siapa lah founder HAUS COSMETICS, Puan Eiyma Jalil ni kan?

LATAR BELAKANG HAUS®
HAUS x PUAN EIYMA JALIL
HAUS® diasaskan pada tahun 2019 oleh Puan Eiyma Jalil yang berkepakaran tinggi dalam bidang make-up bersama Tuan Azizi Mohd (suaminya) yang berpengalaman luas dalam bidang branding.
Jenama ini bernaung di bawah syarikat Juman Gemilang Resources Sdn. Bhd. dengan memberikan fokus utama kepada penghasilan produk kosmetik halal, suci dan selamat yang bertaraf antarabangsa.
Selain itu, syarikat juga turut terlibat dalam penghasilan beberapa rangkaian produk kesihatan, keperluan utama harian dan makanan serta minuman.
BIODATA FOUNDER HAUS COSMETICS
Puan Eiyma Jalil ialah seorang pemegang ljazah Sarjana Muda, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam bidang Teknologi Maklumat.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ljazah Sarjana, Universiti Teknologi MARA (UITM) dalam bidang yang sama. Beliau juga mempunyai Diploma dari Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Internet Business & Marketing Strategies.
Beliau turut berpengalaman sembilan tahun sebagai Juruaudit Teknologi Maklumat di beberapa buah bank tempatan. Jawatan tertinggi yang pernah disandang ialah sebagai Ketua IT Audit di Koperasi Tentera.
Selain itu, beliau pernah bergiat sebagai Make-Up Artist sambilan selama lapan tahun. Kemudiannya beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan telah terlibat dalam pengilangan produk kosmetik selama lapan tahun.
Kini beliau juga adalah merupakan Pengarah Kajian dan Pembangunan kepada kilang GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. Kilang tersebut adalah hakmilik nya sendiri. Di kilang ini lah, segala produk kosmetik dan skincare diperbuat.
PENCAPAIAN TERBAIK PUAN EIYMA JALIL

Tahniah Puan Eiyma, mengutamakan status HALAL pada setiap produk yang dihasilkan di kilang GMP nya. Beliau dianugerahkan sebagai NONA BEST HALAL BEAUTY AWARD – 2020.
Berdasarkan latar belakang dan juga pengalaman ini, beliau telah dilantik untuk menjadi salah seorang Panel Keusahawanan MARA bagi tahun 2021 – 2022 dalam bidang Perkhidmatan dan Persijilan – Pembangunan Perniagaan dan Pembuatan Produk Kosmetik HALAL.
Nama kilangnya GIM Cosmetics Industries yang duk di Cheras tu je ha. Hui.. Ada kilang kosmetik sendiri. Makin menarik ni. 😊

Founder HAUS ni bukan kaleng-kaleng tau, sebab dia dah berpengalaman buat ratusan produk kosmetik kat Malaysia ni.
Haa.. Asal usulnya, beliau hanya buat produk kosmetik secara OEM je sebelum ni. Silap silap produk yang korang tengah pakai tu hasil tangan beliau jugak. hehe
Hakak Yuzi is sangat vangga ada founder anak tempatan yang sangat berpengalaman macam Puan Eiyma aka Kak Long aka KL ni.
Sebab apa, bila ada sebarang masalah berkaitan produk ke, ada aduan ke, ada apa-apa lah, sepantas kilat tarik nafas tak sempat hembus nafas dia terus jawab dalam group support Haus Guardians.
Kak Long sanggup invest beli produk obersi rege ratus riban semata mata nak buat r&d dan hasilkan formula untuk Haus.
So dapatlah kita merasa formula Antarabangsa tetapi harga mampu milik. Best ke best sangat? 😍
Serius, bila dah guna sendiri dan rasa kesan positif, makin lama makin rasa yakin dengan HAUS ni meningkat 200% bila dapat founder yang ada ilmu dalam bidang dia ni. Kita nak menjual pun tak ada keraguan gituhhh.
Korang stay tune tau, nanti hakak ada masa, hakak Yuzi karang lagi share cerita pasal Haus ni 😘
Jom selak-selak E-KATALOG HAUS ni dulu. Pasti ada yang menarik di dalam nya buat awak tertarik untuk mencubanya.
Terus WHATSAPP saya untuk konsultasi atau pembelian atau join CHANNEL TELEGRAM untuk dapat lebih info-info semasa yang lebih menarik.