Categories
Hal semasa Health Safety

HAND SANITIZER | HAUS PREMIUM

HAND SANITIZER HAUS atau nama glamornya HAUSanitizer, diformulasi dengan rumusan istimewa bagi membantu para pengguna yang mementingkan kebersihan diri dan keluarga bagi melindungi mereka dari bakteria dan kuman.

SENARAI BAHAN :

Texture : liquid
KKM-Approved : NOT200304544K

Alcohol, Aqua, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Carbomer, Phenoxyethanol, Triethanolamine, Ethylhexylglycerin

Ini adalah salah satu inisiatif khas dari pihak HAUS kepada masyarakat dalam situasi yang sedang menggegarkan seluruh dunia iaitu wabak pandemik COVID-19 oleh virus dari sejenis keluarga coronavirus.

HAND SANITIZER HAUS PATUH PIAWAIAN

HAUSanitizer dihasilkan di kilang 100% milik muslim bumiputera Malaysia iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. Ianya juga telah diiktiraf HALAL oleh pihak JAKIM dan kilang berstatus GMP.

Pihak Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) telah menyarankan penggunaan hand sanitizer bagi mencuci tangan sekiranya berada di dalam situasi ketiadaan sumber air dan sabun.

Ini kerana, tangan merupakan anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada bakteria dan kuman. Penjagaan kebersihan tangan adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan yang sejahtera.

PENTINGNYA SANITASI

Merujuk kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan atau Centres for Disease Control and Prevention (CDC), penggunaan alkohol sekurang-kurangnya 60% dan ke atas dah memadai. Ia sudah cukup mampu menghapuskan bakteria dan kuman dengan cara penggunaan yang betul.

Bahan-bahan yang digunakan di dalam HAUSanitizer ini telah terbukti berkesan. Ia menghapuskan 99.9% bakteria dan kuman melalui ujian makmal oleh pakar sains.

Dengan menggunakan 70% alkohol di dalam keseluruhan formula HAUSanitizer ini, ia dijamin dapat membantu membunuh bakteria dan kuman secara terus. Ia juga mengurangkan bakteria dan kuman dengan jumlah yang signifikan dengan mengikut langkah penggunaan yang betul.

Selain itu, HAUSanitizer tidak akan mengeringkan kulit walaupun dengan kerapkali penggunaan. Ini kerana Aloe Vera berfungsi memberikan kelembapan yang optimum pada kulit. Agar kulit sentiasa kekal terhidrat disamping bebas dari bakteria dan kuman.

Hand sanitizer Haus

Kajian oleh Makmal Teknologi Kosmetik di Brazil menunjukkan kebolehan Aloe Vera untuk meningkatkan kandungan air dengan berkesan dan mengekalkan kelembapan sekurang-kurangnya 3 jam.

BOLEH KAH SANITASI MEMBUNUH VIRUS?

Hal ini telah membangkitkan beberapa polemik dalam kalangan masyarakat. Berkenaan sejauh manakah kemampuan alkohol untuk membunuh virus?

Sekali lagi, CDC telah menyatakan bahawa sanitiser berasaskan alkohol dapat menyingkirkan pelbagai jenis mikrob apabila digunakan dengan cara yang betul.

Mikrob bermaksud mikroorganisma yang sangat kecil dan halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia termasuklah bakteria, kulat, archaea, protista dan juga virus.

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik. Membuktikan bahawa alkohol danat menghapuskan beberapa jenis virus. Ia termasuklah satu wabak pandemik vang lepas iaitu Influenza A atau juga dikenali sebagai HIN1.

Beberapa kajian juga telah berjaya membuktikan bahawa sanitizer adalah merupakan pilihan alternatif. Ia berkesan bagi kebersihan tangan selain sabun dan air dengan hasil yang signifikan.

Cara penggunaan hand sanitizer Haus akan menentukan keberkesanan produk ke atas mikrob ini. Kerana itulah langkah penggunaan sanitizer yang betul adalah sangat penting.

Apa yang lebih penting, ini adalah salah satu inisiatif dan usaha kita untuk melindungi dan mencegah diri, keluarga, dan masyarakat dari sebarang penyakit.

HAND SANITIZER HAUS KHAS UNTUK KULIT SENSITIF

Pengguna yang memiliki kulit sensitif atau sangat kering seperti ekzema, kami amat menyarankan anda supaya membekalkan kelembapan dan penghidratan yang lebih kepada kulit anda.

Seperti contoh, penggunaan losyen, pelembap, atau serum. HAUS mempunyai satu serum minyak dengan bahan merawat iaitu Silky Intense Oil Serum yang mengandungi ciri pelembapan dan penghidratan yang sangat hebat.

Dengan kandungan Vitamin C, 5 jenis minyak pati tumbuhan terbaik di dunia, dan teknologi dari bahan Omegalight, serum ini memastikan tangan anda kekal lembap dan terhidrat.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *