Kelebihan Allantoin mengekalkan kelembapan kulit terutamanya masalah kulit sensitif. Ia antara bahan wajib ada dalam regim penjagaan wajah Korea kini. Walaupun namanya kurang dikenali tetapi manfaatnya cukup mengagumkan.
Banyak ditemui dari tumbuhan seperti bunga chamomile, pucuk gandum @ wheat sprouts, ubi bit manis dan comfrey.
KELEBIHAN ALLANTOIN
Allantoin sering digunakan di dalam produk untuk kulit sensitif seperti ekzema, kulit berjerawat serta kulit bermasalah extra kering dan mengelupas.
Dikenali juga sebagai keratolitik @ keratolytic yang mempunyai fungsi pengelupasan @ exfoliant. Iaitu melonggarkan dan menanggalkan sel kulit mati.
PELEMBAP KULIT @ SKIN MOISTURIZING
Allantoin mampu mengekalkan kelembapan di permukaan kulit. Begitu juga sifatnya yang lembut dan tidak merengsakan.
PENGHIDRATAN KULIT @ SKIN HYDRATION
Kemampuam Allantoin dalam mencegah kehilangan air trans-epidermis (TEWL) begitu mengagumkan. Ia mengikat kelembapan & mengelakkan dehidrasi berlaku.
Oleh itu, kulit akan sentiasa kekal lembap. Ia menjadikan kulit menjadi semakin halus & lembut.
TONA KULIT SEKATA & TIDAK KUSAM
Apabila Allantoin bertindak sebagai ajen pengelupasan, ia menggalakkan pembentukan sel kulit baru yang sihat. Oleh itu, ketahanan skin barrier akan menjadi kuat.
Sel kulit baru akan mengembalikan tona wajah yang lebih sekata dan cantik. Tiada lagi kelihatan kusam dan tidak berseri. Tona hitam akibat bekas jerawat atau jeragat lebih mudah untuk dipudarkan.
ANTI – RADANG
Ianya tidak menpunyai sifat toksid dan merbahaya. Oleh kerana sifatnya anti-radang, Allantoin sering digunakan di dalam penjagaan kulit. Terutamanya untuk mengubati kulit bermasalah dan sensitif.
Membantu penyembuhan dalam luka ringan seperti mencegah kulit kering, kasar, bersisik, dan gatal ringan pada kulit.
MEREMAJAKAN KULIT @ ANTI-AGING
Kemampuan Allantoin meresap jauh ke dalam kulit dapat merangsang pembentukan kolagen. Oleh itu, kulit akan kembali anjal dan tegang.