Korang tahu ke camne nak KENALI JENIS KULIT MUKA? . Haa ini la perkara pertama yang korang kena tahu dulu sebelum beli skincare terutamanya pencuci muka.
Bukan pe wak, jika tersalah pilih. Sampai ke sudah masalah wajah awak tak dapat diselesaikan. Kan dah rugi tu. Samaada kulit korang jenis berminyak, kulit normal, kulit kering dan kombinasi.
Jom, saya share tips cara betul untuk kenali jenis kulit muka awak. Ni simple je tau. Tetapi jika tahu, awak boleh manfaatkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika awak tak tahu nak pilih skincare yang sesuai dengan skin type. Awak wajib baca sampai habis tau.
Ada 4 Jenis Kulit Muka + *1 Kondisi Kulit yang kita perlu tahu sebelum memilih set skincare yang betul dan sesuai.
- Kulit normal
- Kulit kering
- Kulit berminyak
- Kulit kombinasi
- *Kulit sensitif
Agak-agak awak jenis yang mana 1 ya. Jika tahu, mudah nak pilih skincare yang sesuai. Tak la tersalah pilih nanti. Kulit muka pun dapat dirawat dengan lebih berkesan. Jom kita buat ujian ringkas guna face tester paper.
CARA KENALPASTI JENIS KULIT MUKA
Penting, sediakan dahulu tester paper seperti kertas minyak atau blotting paper dulu ya. Boleh di beli di farmasi atau pasaraya.
- Bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka dan keringkan dengan tuala yang bersih.
- Pastu, biarkan dulu muka terdedah pada udara tanpa pakai sebarang skincare atau makeup selama 30 – 60 minit.
- Selepas itu, dah boleh mula buat test. Terlebih dahulu koyakkan kertas minyak atau blotting paper kepada 3 – 6 bahagian.
- Sebelum letak tester paper tu, buat aktiviti kerutan muka dulu ya.
- Letakkan kertas di sekitar dahi, hidung, dagu, tepi dahi, tepi pipi dan tepi dagu. Biarkan seketika.
- Jom tengok result korang kat bawah ni 😘
JOM KENALI JENIS KULIT MUKA
KULIT NORMAL

KEPUTUSAN UJIAN : Muka tidak merasa tegang selepas di oles tester paper di sekitar T-zone & U-zone. Minyak yang minimum dan tiada lapisan kulit tertanggal di tester paper.
Produk yang disyorkan :
- Super Intense Cream Cleanser
- BOAB Scrub Cleanser @ Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion
- Hydrapore CreamSkin Toner
- BOAB Gel Moisturiser @ BOAB Cream Moisturiser (ikut kesesuaian kulit)
- Oil Serum Calendula
- BOAB Serum
KULIT KERING

KEPUTUSAN UJIAN : Ambil tester paper dan letak di sekitar T-zone (dahi, hidung & dagu). Lihat pada tester paper, jika ada minyak yang minimum/ tiada langsung & kelihatan lapisan kulit tertanggal.
Produk yang disyorkan :
- Super Intense Cream Cleanser
- BOAB Scrub Cleanser @ Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion
- Hydrapore CreamSkin Toner
- BOAB Cream Moisturiser @ Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream (ikut kesesuaian kulit)
- Oil Serum Calendula
- BOAB Serum
KULIT BERMINYAK

KEPUTUSAN UJIAN : minyak yang terperangkap sama banyak dengan setiap tisu / kertas minyak tersebut.
Produk yang disyorkan :
- Super Intense Cream Cleanser
- Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion
- Hydrapore CreamSkin Toner
- BOAB Gel Moisturiser @ Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream (ikut kesesuaian kulit)
- Oil Serum Lavender
KULIT KOMBINASI

KEPUTUSAN UJIAN : Ambil 2 keping tester paper, letak di kawasan T-zone dan 1 lagi di kawasan pipi. Lihat perbezaan tester paper tu. Berminyak dan kering di area T zone. Lapis kulit tertanggal di kawasan U zone.
Produk yang disyorkan :
- Super Intense Cream Cleanser
- BOAB Scrub Cleanser @ Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion
- Hydrapore CreamSkin Toner
- BOAB Cream Moisturiser @ BOAB Gel Moisturiser @ Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream (ikut kesesuaian kulit)
- Oil Serum Calendula
KULIT SENSITIF

Kulit sensitif adalah kondisi kulit bermasalah. Penggunaan skincare juga jauh lebih spesifik berbanding dengan kulit yang biasa.
Tanda kulit sensitif, mudah kering, gatal, kemerahan dan mudah terengsa. Antaranya, muka berjerawat aktif (acneprone), resdung dan ekzema.
Produk yang disyorkan :
- Super Sensitive Beauty Soap
- Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion
- Hydrapore CreamSkin Toner
- Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream
Haaa.. Macam mana, dah dapat kenalpasti kondisi kulit muka awak? Lepas tu, boleh la pilih skincare yang sesuai. Jangan tersalah pilih lagi ya.
Pilih la produk skincare yang beri kesihatan yang baik pada kulit. Makin lama awak pakai, makin cantik berseri kulit. Bila kulit sihat, automatik wajah awak akan makin cantik.
Jangan pilih produk skincare yang jamin cantik dalam masa yang singkat. Kerana ianya hanya cantik luaran sahaja. Di dalam habis rosak sel kulit awak. Berhati-hati la ya.
Jika produk tu ada KKM sekali pun, cek dulu history company nya. Pernah tak company tu ditarik balik produknya akibat bahan terlarang.
Jika ada, tidak mustahil mereka akan buat perkara yang sama pada produk yang lain juga.
Awak sayang muka atau sayang duit?
Duit boleh dicari TETAPI kalau muka dah rosak, susah nak repair kembali