Categories
Beauty Cosmetics Facial beauty Health Make-up Skincare Superfood

KHASIAT SHEA BUTTER DALAM KECANTIKAN KULIT

Eh.. SHEA BUTTER atau Butyrospermum Parki amat terkenal dalam bidang kecantikan kulit. Jom kita teroka kelebihan dan manfaatnya.

Asal usul kekacang ini dari Afrika Barat. Ia adalah lelemak yang diekstrak dari kacang pokok shea. Warnanya pula agak putih atau putih gading. Lelemaknya menjadi pekat bila berada dalam suhu yang panas.

KEUNIKAN DAN MANFAAT SHEA BUTTER

SESUAI DENGAN SEMUA JENIS KULIT

Tumbuhan ni dikategori dalam pokok kekacang. Sedia maklum, kebanyakan kekacang ni mengandungi protein yang boleh sebabkan alergik.

Tetapi tidak pada Shea Butter. Proteinnya rendah dan ia tidak mengandungi perengsa kimia yang mengeringkan kulit. Kerana sifatnya itu, ia menjadi bahan kegemaran untuk menghasilkan produk penjagaan diri.

PELEMBAB SEMULAJADI

Memang terkenal dengan sifat pelembap kerana terkandung dalam asid lemaknya linoleic, oleic, stearic, and palmitic acids.

Bila kita apply shea butter mentah pada kulit, ia akan menyerap cepat ke dalam kulit. Ia mengekalkan kelembapan berterusan pada kulit untuk elak terjadinya kulit kering.

KULIT TIDAK BERMINYAK

Mengandungi tahap asid linoleik dan asid oleik yang tinggi. Kedua-dua asid ini mengimbangi satu sama lain. Oleh itu apabila anda mengapunya di kulit, ia tidak menyebabkan kulit berminyak.

ANTI RADANG UNTUK KULIT KERING

Keunikannya dalam mengatasi masalah kulit keradangan tidak dapat disangkal. Ia memberi kelegaan dan mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit akibat kekeringan.

ANTI OKSIDAN

Shea Butter mengandungi vitamin A & E. Dengan kelebihan itu, ia dapat melindungi kulit dari unsur radikal bebas yang merosakkan kulit. Fasa pra-penuaan dapat di perlahankan dan wajah kekal awet muda.

ANTI BAKTERIA & ANTI FUNGAL

Kulit yang mengalami iritasi kulat, boleh dilegakan dengan lelemaknya. Begitu juga dengan masalah jerawat. Ia disebabkan komposisi pelbagai bahan dalam kekacang itu sendiri.

KOLEGEN BOOSTER & PEMBAHARUAN KULIT

Ia juga mampu memberi keanjalan kepada kulit dan dapat mengurangkan kedutan dan garis halus di wajah. Kulit-kulit yang mati diganti dengan sel kulit yang baru yang lebih sihat.

ATASI MASALAH KULIT KEPALA

Ia juga dapat memberi kelembapan pada kulit kepala & mengurangkan kelemumur dan kegatalan.

PRODUK YANG DISYORKAN

  1. Super Sensitive Beauty Soap
  2. Super Sensitive Beauty Lotion
  3. BOAB Cream Moisturiser

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *