Laminaria Digitata berkuasa melembap dan menyuburkan kulit, Betul ke? Tumbuhan apakah itu. Ia sejenis rumpai air / alga yang menjadi antara bahan aktif utama untuk rangkaian produk skincare terbaru Haus Cosmetics.
Alga Laminaria ni sangat besar. Daun berwarna coklat, kelebaran dan panjangnya boleh mencapai hingga 4 meter. Ia banyak tumbuh di seluruh Lautan Atlantik seperti di Amerika, UK, Rusia, Perancis, dan Greenland.
Untuk rangkaian produk penjagaan kulit terbaru Haus Cosmetics, alga Laminaria ini diimport khas dari Perancis. Dibiakkan secara organik di dalam kilang khas hanya menggunakan air lautan Perancis.
Algae ini mengandungi sebatian protein, peptida, asid amino, asid lemak penting, mineral, dan vitamin A, D, E, dan K, serta trigliserida dan mineral seperti zat besi dan kalsium.
Oleh kerana manfaat yang begitu banyak, Haus mengambil peluang untuk menjadikan ia sebagai bahan utama di dalam rangkaian produk penjagaan kulitnya. Jom lihat kelebihan tumbuhan laut ini.
MANFAAT LAMINARIA DIGITATA
MELEMBAPKAN DAN MELINDUNGI KULIT
Ekstrak Laminaria ni berfungsi menyuburkan kulit dari dalam. Digunakan sebagai emolien iaitu melembutkan dan menghaluskan kulit.
Memberi penghidratan yang sangat baik pada kulit. Terutamanya, kulit bermasalah seperti kulit kering dan sensitif. Ia melindungi kulit dengan membantu memulih, memperbaiki, dan melindungi kulit berkat khasiat dan penghidratannya.
MENGAWAL PENGELUARAN SEBUM
Kemampuan Algae Laminaria juga bagus dalam mengawal pengeluaran sebum (minyak) pada kulit anda. Amat sesuai bagi mereka yang hadapi masalah kulit berminyak yang berlebihan.
Apabila pengeluaran sebum terkawal, kulit anda kekal terhidrasi dengan sempurna. Ia mampu mengawal dan mencegah masalah kulit seperti liang pori tersumbat dan pembentukan jerawat.
PELINDUNG SINAR UV
Pigmen seperti Karotenoid yang ada di dalam Laminaria Digitata ini membantu menghalang penyerapan sinar UVA dan UVB berbahaya ke dalam kulit.
Macam mana ia berfungsi? Ia dapat menghalang tirosinase iaitu enzim yang menghasilkan pigmen melanin yang gelap. Jika wajah terlalu lama terdedah dengan sinar uv tanpa pelindung suria, lama-kelamaan masalah jeragat pasti akan berlaku.
KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Awak nak tahu? Kandungan omega-3 dan sifat anti-oksidan dapat mengurangkan dan mencegah terjadinya garis-garis halus dan kedutan pad wajah.
Kaya dengan antioksidan menjadikan Laminaria Digitata bersifat menenangkan. Sifatnya melindungi kulit dari serangan radikal bebas dan mengelakkan keradangan dari berlaku.
Dengan membantu meningkatkan penghasilan kolagen, ia dapat mencegah penghasilan garis-garis halus dan kedutan. Dengan itu, jika diamalkan, kulit wajah pasti kembali anjal dan kelihatan awet muda.
TIDAK BERTOKSID
Walaupun awak menpunyai kulit bermasalah atau sensitif, Laminaria digitata ini bersifat amat menenangkan. Ia tidak bertoksid dan tidak merengsakan kulit. Amat-amat sesuai untuk semua jenis kulit.
KESIMPULAN
Sihat-sifat semulajadi yang ada pada Laminaria Digitata ini menjanjikan kulit yang sihat dan bertambah cantik. Oleh kerana itu, untuk rangkaian produk terbaru Haus Skin, founder Haus menjadikan Algae ini, antara bahan terawal diletakkan di dalam senarai bahan.