Categories
Beauty Health Makanan Superfood

MINYAK BIJI DELIMA DAN MINYAK HABATUSSAUDA | HAUS PREMIUM

MINYAK BIJI DELIMA DAN HABATUSSAUDA telah dihasilkan apabila ramai individu terkesan dengan wabak covid-19. Ramai yang mencari suppliment tambahan untuk meningkatkan sistem imun tubuh terutamanya kesihatan paru-paru.

Ia berbeza dengan Neutrocumin C+ yang kaya dengan 3 bahan utama iaitu Ekstrak Kunyit, Probiotik dan Vitamin C . Ia lebih tertumpu pada kesihatan imun dan kesihatan usus.

SENARAI BAHAN :

100% pati minyak biji delima, 100% pati minyak Habatussauda, tiada bahan pengawet, bahan pemanis dan pewarna.

BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM MINYAK BIJI DELIMA DAN HABATUSSAUDA

Bagi mendapatkan 100% pati minyak, teknik ‘cold-pressed’ digunakan. Dengan penggunaan haba di bawah 50 darjah celcius, ia tidak akan merosakkan sebatian aktif delima dan sauda.

Oleh itu, penggunaan bahan kimia dapat dielakkan. Kualiti & kuantiti kandungan juga terpelihara. Jangka hayatnya, mampu bertahan selama 2 tahun tanpa mengalami perubahan komposisi nutrisi berlaku.

MINYAK BIJI DELIMA

Delima di import khas dari Turki dengan gred buah A++. Hanya perahan pertama diambil untuk mengekalkan kualitinya.

Terdapat banyak di pasaran produk pati delima yang diambil jus dari buahnya. Sebenarnya, mengikut kajian biji delima lebih banyak manfaat dan khasiatnya berbanding isi buahnya sendiri.

Ia dapat membantu dalam

  • Mencegah kanser
  • Melegakan keradangan dalaman tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Mengelak serangan jantung
  • Menghalang penyakit diabetes bertambah teruk

Bahan aktif utama seperti Omega 5, 6, 9 &Vitamin E, di dalam biji delima dapat membantu dalam meningkatkan antibodi semulajadi tubuh terutamanya kesihatan paru-paru.

  • Punicic Acid (Omega 5) dapat mengurangkan risiko diebetes, obesiti & kanser
  • Linoleic Acid (Omega 6) pula mengekalkan kecantikan kulit, rambut & kesihatan tulang
  • Oleic Acid (Omega 9), merendahkan kolesterol untuk melindungi kesihatan paru-paru & jantung
  • Tocotrienol dan Tocophe (Vitamin E) adalah sumber antioksidan yang membantu pemulihan sel-sel yang rosak akibat radikal bebas. Hasilnya, tiada lagi tanda-tanda penuaan dan kulit kekal cantik dan awet muda.

MINYAK HABATUSSAUDA

Terlalu banyak khasiatnya sampai ia dikenali sebagai penawar segala penyakit. HabbatusSauda, antaranya dapat

  • Menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Meningkatkan kesuburan
  • Merawat jangkitan dan penyakit berkaitan pernafasan
  • Melegakan alahan, selsema dan bronkitis

Bahan aktif utama yang terdapat di dalamnya, iaitu komponen Thymoquinone (TQ). Fungsi TQ ini, dapat

  • Meningkatkan sistem imun tubuh dengan membantu pembentukan antibodi (T Cell) terutamanya kesihatan paru-paru.
  • sebagai anti virus, ia mampu menghalang dan memusnahkan kehadiran virus yang telah memasuki tubuh.
  • Anti radang – TQ dapat meredakan radang paru-paru. Contohnya, batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas atau lelah.
  • Anti-oksida – Ia dapat mengaktifkan enzyme supaya dapat menstabilkan ion negatif dalam badan. Oleh itu, ion positif dapat dikekaIkan dan diseimbangkan.

Herba ini juga mengandungi Vitamin C, E dan K. Ciri-ciri Anti-Histamin di dalamnya juga mampu melegakan alergi seseorang jika diamalkan. Ia amat bagus dalam meredakan keradangan dan kegatalan kulit terutamanya pesakit ekzema.

KESIMPULAN

Apa-apa penyakit yang datang, itu adalah ujian dari-NYA. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kerana bila badan awak telah berlaku sesuatu perubahan, pasti ia tak normal seperti asal dahulu.

Mungkin dari segi kos belian ubat dan cara hidup juga berubah. Ada pantang larang yang wajib di ikuti. Tahap kesihatan pun sering tidak stabil.

Awak jadikan makanan tambahan ini sebagai ikhtiar sebagai pendinding kekuatan kesihatan. Insya Allah, sistem imun badan awak dapat ditingkatkan.

Disclaimer : produk ini bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Amat digalakkan yg mengalami masalah kesihatan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *