Categories
Beauty Facial beauty Health Superfood

MINYAK DAUN TEA TREE MERAWAT JERAWAT

Minyak Daun Tea Tree ni memang bagus untuk merawat jerawat. Ia juga mempunyai khasiat lain yang boleh dimanfaatkan di dalam bidang kecantikan.

Nama saintifik pokok teh ini adalah Melaleuca alternifolia, sejenis pokok kecil yang berasal dari Queensland dan New South Wales, Australia.

Minyak ini tidak boleh digunakan secara oral (minum). Kemungkinan akan menyebabkan keracunan apabila tertelan. Ia hanya boleh disapu pada luaran sahaja.

KHASIAT MINYAK TEA TREE

Minyak Tea tree ni berfungsi 2 dalam 1. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit wajah terutama yang mengalami masalah jerawat.

Jika kulit awak jenis berminyak, ia akan cuba seimbangkan pengeluaran sebum. Kilang sebum tidak akan menghasilkan minyak secara berlebihan. Jadinya, kulit muka tidak akan kelihatan terlalu berminyak.

Untuk kulit kondisi kering atau dehydration, ia akan mengaktifkan kilang sebum untuk menghasilkan minyak yang diperlukan. Kulit awak akan terasa lembap dan lembut sepanjang masa.

Dengan sifat anti-radang, anti-virus dan anti-bakteria. Selain ia mampu untuk merawat jerawat, ia juga boleh mengurangkan kelemumur dan merawat penyakit kaki atlet.

Ada juga kajian yang menyatakan, campuran dengan minyak lavender dapat mengurangkan pembiakan kutu kepala.

Oleh kerana minyak teh ini nilai mempunyak sifat anti-oksidan, ia juga dapat melegakan keradangan kulit, merawat luka-luka kecil dan melindungi kulit dari tindakan radikal bebas.

Tetapi awas jika penggunaan 100% minyak pati tea tree ini. Ia boleh menyebabkan implikasi yang merbahaya seperti kulit terlampau kering, gatal-gatal dan keradangan.

PRODUK YANG DISYORKAN

Super Sensitive Beauty Soap

Oil Serum Calendula

Oil Serum Lavender

Rujukan :
https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-tea-tree-oil/art-20364246

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *