Categories
Beauty Facial beauty Skincare

NIACINAMIDE – MENGECILKAN LIANG PORI KULIT

NIACINAMIDE, ia juga dikenali sebagai nikotinamida ataupun vitamin B3. Sejenis vitamin larut air. Menjadi salah 1 bahan terbaik dalam penjagaan wajah kini.

FUNGSI NIACINAMIDE

Niacinamide ni macam dah jadi 1 bahan wajib dalam produk kecantikan. Malahan dalam pencuci muka pun ada. Jom lihat fungsi dan manfaat nya.

MENGECILKAN PORI WAJAH

Niacinamide dipercayai mampu untuk mengecilkan liang pori besar yang disebabkan faktor persekitaran.

Liang pori berfungsi mengeluarkan minyak dan peluh. Antara faktornya mungkin akibat dari pengeluaran sebum yang berlebihan.

Penyumbatan pori akan mengakibatkan terbentuknya jerawat. Alat solekan yang tidak komedogenik dan sinar uv berlebihan juga boleh menyebabkan pori besar dari saiz asalnya.

MENGEKALKAN KELEMBAPAN & HIDRASI KULIT

Paling best pasal Niacinamide ni kerana ia boleh mengurangkan kusam dan tona kulit tidak sekata. Ia juga membantu memperbaharui dan memulihkan permukaan kulit daripada hilang kelembapan.

Bila kulit wajah tidak cukup hidrasi, muka mudah mendapat garis-garis halus, kelihatan tua dari usia dan kurang berseri.

KELEBIHAN PADA KULIT KERING

Ia membantu memulihkan permukaan kulit yang kering. Dengan meningkatkan kelembapan dan mengelakkan dehidrasi berlaku.

Niacinamide juga membantu meredakan keradangan kulit seperti ekzema, jerawat dan kegatalan.

MANFAAT PADA KULIT BERMINYAK

Kelebihan lain, Niacinamide mampu mengawal pengeluaran serum berlebihan. Ia amat penting untuk mengekalkan keadaan kulit tidak terlalu berminyak. Pasti akibatnya membawa pada penyumbatan liang pori & pembentukan jerawat.

MERAWAT JERAGAT / HIPERPIGMENTASI

Jika ia dijadikan sebagai serum, pasti niacinamide menjadi salah satu paling bermanfaat dalam memudarkan jeragat dan bintik hitam. Ia terjadi atas faktor berlakunya pembentukan semula kolagen.

Apabila kolagen meningkat, sudah pasti wajah kembali tegang dan anjal. Garis-garis halus dan kedutan pasti akan kurang kelihatan.

PRODUK YANG DISYORKAN

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *