Categories
Beauty Facial beauty Make-up Skincare

OIL SERUM CALENDULA | HAUS SKIN

Oil Serum Calendula atau minyak calendula mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kulit. Ia rawatan intensif kulit wajah untuk anti penuaan, memudarkan jeragat nipis dan parut hitam.

Bahan OMEGALIGHT® yang terhasil dari gabungan Safflower Seed Oil Piperonyl Esters dan Dicaprylyl Ether. Dicampur dengan 5 Jenis Essential Oil nntara yang terbaik di dunia.

SENARAI BAHAN

Texture : minyak
KKM-Approved: NOT191002122K

Dicaprylyl Carbonate, Olus (Vegetable) Oil, Argania Spinosa Kernel Oil, Ascorbyl Tetraisopalmitate (Vitamin C), Salvia Hispanica Seed Oil, Simmondsia chinensis (Jojoba) Seed Oil, Rose Flower Oil, Dicaprylyl Ether, Safflower Seed Oil Piperonyl Esters, Squalane, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Decylene Glycol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Calendula Flower

BAHAN-BAHAN UTAMA OIL SERUM CALENDULA HAUS SKIN

Sejenis serum minyak dengan daun calendula, begitu banyak rawatan didalamnya. Tekstur yang sangat ringan meninggalkan kulit anda selembut sutera, padat dengan pelbagai kelebihan.

Dicipta istimewa buat semua jenis kulit. Serum berasaskan minyak tetapi tidak berminyak bila dipakai. Ianya sangat- sangat mudah meresap masuk ke dalam kulit anda.

Tambahan pula, kami menggunakan minyak penyebar yang sangat ringan. Supaya ia dapat memberikan sapuan yang lancar dan ringan.

Serum Calendula ini dicipta menggunakan minyak pati terbaik di dunia. Bahan-bahan utama dipilih dengan teliti. Kami memasukkan ‘Omegalight‘ ke dalam formula sebagai agen pencerah yang paling berkuasa.

Tugas utamanya, bekerja dengan serasi ke atas melanin penyebab jeragat di dalam kulit. Ia telah dibuktikan secara klinikal oleh ahli sains yang anda tidak akan temui selainnya.

Minyak Argan sentiasa menjadi kesayangan ramai untuk menyuburkan kulit dengan kekayaan Vitamin E semulajadinya. Kaya dengan antioksida melawan radikal bebas dari merosakkan sel kulit.

Vitamin B-Kompleks di dalam minyak Jojoba memastikan kulit anda yang kering supaya sentiasa lembap dan terhidrat dari dalam. Mengunci kelembapan di permukaan kulit.

Minyak biji Chia melegakan kulit anda yang terengsa, mengurangkan kemerahan kulit, dan mengembalikan kekuatan skin barrier anda.

Minyak Tea Tree telah digunakan dengan meluas untuk merawat jerawat dengan ciri anti-radangnya. Selain anti-penuaan, minyak pati Rose juga sebagai aromaterapi dengan aromanya yang menenangkan.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *