Kerlas kau Jah. Pakai serum anti aging. Brand apa tu? Cantik sangat botolnya. Haa.. Ini la Oil Serum Haus berwajah baru. Sebelum ni botol bulat je.
Nama lainnya ANTI-AGING OIL SERUM atau SERUM JERAGAT. Ianya bersifat dwi fungsi. Itu yang best serum ni. Cantikkan. Indah lagi manfaat minyak ni kalau tempek kat muka awak tau.
MANFAAT OIL SERUM HAUS MASIH SAMA
Jangan risau. Kandungan bahan-bahan kedua-dua Oil Serum Haus masih sama tau. Manfaat yang awak dapat sebelum ni tiada yang kurang. Masing-masing ada kelebihan dan peminatnya tersendiri tau.
Keistimewaan Oil Serum Haus ni kepada bahan aktifnya, antaranya Omegalight. Jom jelajah manfaat kedua-dua Serum ini, Oil Serum Calendula dan Oil Serum Lavender.
Oil Serum ini selayaknya boleh digunakan seawal umur 20 tahun. Haa.. tak perlu tunggu tanggal 25 tahun baru pakai klu awak nak wajah kekal awet muda tau.
Apabila berada di fasa pra-penuaan, berlakunya perubahan pada sel kulit. Kulit awak mula nampak kusam, kurang anjal dan garis-garis halus mula kelihatan. Kitaran sel kulit juga semakin perlahan.
Sesuai dengan panggilannya, Insya Allah ia akan memperlahankan fasa pra-penuaan tersebut. Meresap masuk ke dalam kulit dan membantu dalam pembentukan semula kolagen dan elastin kulit.
Sifat antioksidan, anti-viral dan anti-bakteria nya dapat melindungi kulit awak dari serangan radikal bebas seperti sinar uv, pencemaran dan serangan virus dan bakteria.
Jika dibiarkan, lama kelamaan ia merosakkan ketahanan penghadang kulit @ skin barrier. Lebih teruk lagi, apabila timbul pula masalah jeragat.
Mujur la Oil Serum Haus ni ada 1 lagi bahan khas dipanggil Omegalight. Bahan ni sehebat kojic asid. Ia sangat berkesan dan lebih selamat untuk memudarkan jeragat dan parut gelap.
Ia akan menghantar signal kepada sel melanosit untuk memperlahankan aktiviti melanin. Melanin adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab merubah warna kulit.
Proses memudarkan jeragat dan parut adalah dari lapisan dalam kulit. Oleh itu, jika jeragat awat agak tebal dan ketara, perubahannya tidak nampak begitu ketara oleh mata kasar dalam masa 4 – 6 minggu.
Sebelum tidur, awak pakai la Oil Serum ni dulu. Ia boleh dijadikan bauan aromaterapi untuk awak mudah lena dibuai mimpi. Elok juga untuk meredakan stress. Rasa ringan kepala dapat release tension kan.
Awak ada masalah bibir sensitif? Oil Serum Haus ada jawapan nya. Bibir awak extra kering, mudah merekah dan mengelupas, oleskan sahaja setitis Serum pada setiap malam. Insya Allah, dalam masa seminggu, kelihatan bibir awak lebih sihat dan cantik.