Kayap atau juga dikenali herpes zoster merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang menyakitkan.
Ia bermula apabila terkena penyakit cacar air / chickenpox. Setelah pesakit sembuh, kemungkinan untuk seseorang mendapat kayap itu tinggi kerana virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif.
Apabila sistem imum seseorang itu lemah, VZV kembali aktif dan merebak ke saraf. Ia menjadi semakin teruk dan mengakibatkan keradangan saraf dan kulit yang jelas kelihatan.
GEJALA AWAL
Serangan saraf akan berlaku. Tanda terawal penyakit ini adalah
- Rasa sakit dan kebas
- Panas seperti terbakar di bahagian urat saraf yang terlibat
- Demam, keletihan dan sakit kepala
Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda di permukaan kulit muncul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Lepuh air jelas kelihatan dan ia berbentuk jejalur. Kebiasaannya, ia menyerang saraf di bahagian leher dan dada. Pesakit akan merasa gatal dan sakit.
Pada urat saraf yang keradangan, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan pada kulit. Ia amat menyakitkan.
Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna jernih atau kekuningan.
Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (keruping) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Bila lihat pada history nya, takat 2-3 minggu je sakitnya. Untuk orang yang tidak pernah mengalami nya, mungkin bagi mereka ia pasti cuma sakit biasa-biasa je.
Untuk pesakit kayap, bagaikan 1 azab bila ia berlaku. Seminit pun rasa derita tidak tertanggung kot. Begitu la yang dialami oleh adik Puan Munirah ni. Jom selami pengalaman nya.

BEAUTY SOAP MEREDAKAN KAYAP
Ceritanya begini. Tindakan kasih sayang Puan Munirah terhadap adik yang terkena kayap. Beliau ingin membantu meringankan derita adiknya.
Pada awalnya, adiknya cuma menyapu calamine lotion untuk melegakan gatal-gatal. Tidak tertahan sakitnya. Puan Munirah ingin mencuba sabun yang boleh meredakan keradangan kulit seperti ekzema dan gatal-gatal.
Yakin dengan kelebihan bahan yang ada dalam sabun tersebut. Awalnya, beliau membekalkan sabun tersebut untuk adiknya. Bila adiknya ada disisi, beliau sendiri yang mencuci kayap tersebut.
Gelembung air kayap dah pecah dan bernanah. Dengan menggunakan sabun itu, nanah dapat dibersihkan setiap hari.
Alhamdulillah. Penyakit adiknya makin sembuh. Hampir sebulan juga menanggung sakit. Kini, cuma tinggal parut berbekas je lagi.
Asbab yakin dan tawakal, Allah permudahkan urusan nya. Adiknya pun bertambah sihat. Jika sesiapa yang mempunyai masalah kulit, cubalah Super Sensitive Beauty Soap dari Haus Skin ni. Banyak manfaat nya. Bukan sekadar sabun biasa.
Rujukan
▪️ https://www.doctoroncall.com.my/soalan/shingles-kayap-rawatan-penyebab
▪️ http://www.myhealth.gov.my/kayap/
▪️ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kayap