Sebelum masuknya bulan Ramadhan 2021 hari tu, Haus telah memperkenalkan produk terbaru iaitu PES MASAKAN SEGERA HAUS untuk memenuhi keperluan semasa kini.
Alhamdulillah. Beranak lagi 1 katagori dalam misi dan visi founder Haus iaitu pembuatan makanan halal.
Antara visinya, nak perluaskan lagi rangkaian produk dengan membawa konsep produk local diyakini Halal toyyib. Oleh itu, tiada lagi masalah keraguan dan gunakan la tanpa was-was.
6 RASA PENAMBAT SELERA
Kelebihan menggunakan pes segera ini, semua bahan-bahan asas menumis seperti minyak masak, bawang, cili, garam dan rempah ratus terpilih telah siap lengkap dan rapi.
Semuanya sedap dan paling penting cepat dan mudah dimasak. Terutamanya pada mereka yang tidak ada banyak masa untuk berperang di dapur. Malah, yang bujang pun boleh jadi pandai masak dengan Pes Masakan Segera – Dapo Haus ni.
Capai sahaja Pes segera Haus ni dan makanan lazat terhidang dalam tempoh 20 minit sahaja. Jika ada orang bertandang ke rumah, awak pun tak kalut dan berada lama di dapur.
Pek mudah alih begini sesuai untuk dibawa masa travel dan camping. Betul sangat la tu. Selit je Pes Masakan ni dalam beg. Bila perlu, keluarkan dan masak. Tak perlu nak bawa banyak bahan mentah itu ini dah.
MENU PILIHAN PES MASAKAN SEGERA HAUS
Memperkenalkan 6 jenis pes masakan yang sememangnya popular di kalangan rakyat Malaysia. Cukup rempah cukup rasa, tidak perlu di olah. Cuma tambah bahan mentah seperti ayam, daging atau mengikut kreativiti menu masing-masing.
- Pes masakan segera Nasi beriani
- Pes masakan segera masak merah
- Pes masakan segera asam pedas
- Pes masakan segera kari daging
- Pes masakan segera rendang tradisi
- Pes masakan segera sambal tumis
Korang terliur dah ke nak guna Pes Masakan – Dapo Haus ni? Nilainya pun tak mahal mana pun. 1 pek cuma RM10 je. Berat 140g untuk 6 orang makan. Cukup berbaloi untuk 1 keluarga kecil kan.