SUSU KAMBING HAUS adalah sumber nutrisi bagi kalori, protein dan lemak yang penting. Ia juga sumber vitamin A. Kajian membuktikan pengambilan vitamin A yang cukup mampu membantu mengurangkan risiko katarak dan kanser.
SENARAI BAHAN
Texture : powder
Berat : 500g/kotak
Krimer Bukan Tenusu, Serbuk Whey, Maltodekstrin, Fruktosa, Serbuk Kurma, Serbuk Susu Kambing, Serbuk Oat, Inulin, Ekstrak Kurma, L-Phenylalanine, loniplex (Asid Fulvik), Ekstrak Guarana, Ekstrak Maca, Ekstrak Yerba Mate dan Probiotik B.Longum. Mengandungi perisa dan pewarna yang dibenarkan. Mengandungi krimer pembuih, agen pemekat, agen anti-pengerakan sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.
BAHAN-BAHAN UTAMA SUSU KAMBING HAUS
Susu kambing merupakan jenis tenusu yang biasa diminum selain daripada susu lembu. Fakta menyebut, 65% ke 72% daripada semua produk tenusu yang diminum di seluruh dunia merupakan susu kambing.
Berbanding dengan susu lembu, susu soya, atau susu kacang, susu kambing mempunyai lebih tinggi protein pada setiap hidangan. Ia juga tinggi protein daripada susu badam atau susu beras.
Keistimewaan Susu Kambing yang dibawa khas dari Haus Superfood adalah melihat kerana keunikan bahan-bahan nya. Jom lihat setiap manfaat yang bakal kamu perolehi jika mengamalkannya.
Susu kambing antara susu yang mudah dicernakan oleh usus kita berbanding susu lembu. Oleh itu, ia sering kali menjadi susu pilihan pada mereka yang menghadapi kulit sensitif seperti ekzema.
Ia juga amat baik untuk memelihara kesihatan jantung. Merupakan sumber yang kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan magnesium.
Kurma dikenali secara saintifik sebagai Phoenix Dactylifera dan merupakan antara buah-buahan paling sihat dunia. Kurma terkenal dengan kandungan gula semulajadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa.
Antara manfaat kesihatan yang diketahui, kurma adalah sumber tenaga yang baik. Ia juga berkhasiat dalam menggantikan lemak dalam makanan.
Membantu pergerakan usus yang sihat dan merupakan anti-oksidan yang tinggi. Kurma juga boleh meningkatkan fungsi otak dan mencegah jangkitan mikrob.
L-phenylalanine, kebanyakan makanan termasuk produk soya, telur, makanan laut dan daging, mengandungi phenylalanine. Ia digunakan oleh badan untuk menghasilkan protein dan molekul-molekul penting yang lain.
Phenylalanine adalah sejenis asid amino yang merupakan blok protein dalam badan kita. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan L- Phenylalanine dengan sendiri. Jadi ia dianggap sebagai asid amino penting yang mesti diperoleh melalui pemakanan.
Antara kelebihannya dalam sudut kesihatan, juga meredakan penyakit kulit dan merawat kemurungan (anti stress).
Ioniplex (fulvic acid) merupakan kompleks mineral ionik fulvik, mengandungi lebih daripada 65 mineral utama dan kecil. la melindungi dan meningkatkan kesihatan sel dengan dua cara yang berbeza.
Pertama, dengan mengurangkan kerosakan sel dari toksin dan bahan tercemar. Yang kedua, meningkatkan kadar metabolisma mitokondria.
Antara manfaat kesihatannya adalah memelihara kesihatan sel, meningkatkan penyerapan nutrien dan peningkatan imuniti serta prestasi sebagai agen chelation.
Fulvik acid juga memelihara tahap glukosa darah yang sihat, membantu rambut, kulit dan kuku yang lebih kuat, sebagai ajen anti penuaan dan bertindak sebagai prebiotik.
Serbuk Oat adalah serat larut yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Serat larut ini membantu melambatkan masa perpindahan makanan di usus dan mengurangkan penyerapan glukosa.
Ia juga mengandungi beta glukan yang merupakan agen penurunan lipid. Mengandungi pelbagai nutrien seperti serat, vitamin E, asid lemak penting, dan lain-lain yang menjadikannya teratas dalam carta makanan yang sihat.
Antara manfaat kesihatannya ialah membantu mengurangkan berat badan, menghalang penyakit berkaitan jantung,
Kebaikan oat juga dapat mengatasi masalah sembelit, membantu kita berasa kenyang yang lama dan meningkatkan imun sistem.
Probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang boleh dijumpai di dalam makanan fermentasi dan susu kultur. Ia digunakan secara meluas untuk penyediaan makanan bayi.
Terkenal sebagai “bakteria baik”, yang memberikan banyak khasiat untuk kesihatan. Bifidobacterium longum adalah spesies bakteria Gram-positif, berbentuk batang yang secara semula jadi terdapat di saluran pencernaan manusia.
la merupakan salah satu bakteria paling awal dalam usus bayi. B. longum sering ditambahkan pada produk makanan sebagai probiotik dengan pelbagai faedah kesihatan.
Manfaat kesihatan yang diperolehi ialah pencegahan penyakit usus, memelihara sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan kulit dan mulut.
KELEBIHAN PREMIX SUSU KAMBING
- Meningkatkan sistem imum ketahanan tubuh
- Memelihara kesihatan usus – melawaskan dan mengelak dari sembelit
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Meredakan penyakit kulit
- Mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah
- Memberi rasa kenyang yang lama
- Memberi tenaga tambahan
- Bagus untuk meredakan stress
- Menambah susu badan dan memberi khasiat tambahan pada bayiAnti oksidan, melawan tindakan radikal bebas persekitaran
Cara Penyediaan: Ambil 2 “scoop” bersamaan 30g. Masukkan 180ml air suam pada suhu 80 darjah Celcius. Kacau sehingga sebati.