Categories
Beauty Cosmetics Facial beauty Make-up Skincare

PUNCA JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA

Apa punca jerawat dan cara mengatasinya. Ia sering terjadi dan amat sinonim bila dikaitkan dengan kulit muka berminyak. Mamun, boleh juga terjadi apabila ketidakseimbangan hormon berlaku tanpa mengira jenis kulit.

APA ITU JERAWAT?

Ia adalah benjolan kecil yang berada di permukaan kulit yang terjadi disebabkan liang pori tersumbat atau berlaku ketidakseimbangan hormon.

Punca jerawat yang biasa kita dengar, apabila sebum / minyak terperangkap dalam liang-liang pori bersama-sama sel kulit mati dan kehadiran bakteria P.acne, terjadinya jerawat. Jom kita lihat dulu kategori jerawat.

PUNCA JERAWAT

KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Adakah benar pada umur 50 tahun pun masih ada jerawat? Ia pula timbul waktu yang tertentu sahaja. Mungkin ia ada kaitan dengan hormon androgen dan estrogen. Awak ada terfikir bagaimana ia berlaku?

Apabila kadar hormon androgen meningkat, kelenjar minyak menghasilkan minyak di wajah secara berlebihan. Pori-pori kulit mudah tersumbat dan mengakibatkan jerawat. la mungkin disebabkan akil baligh, kehamilan, atau pengambilan ubat tertentu.

Apabila penurunan paras estrogen, jerawat juga mudah terjadi. Kondisi yang biasa berlaku disebabkan haid, pre-menopaus, penyakit ginjal, anoreksia, atau olahraga yang aktif bersukan.

Bagi sesetengah orang, hanya benjolan kecil dan ia tidak ketara kelihatan di permukaan kulit seperti bintik hitam, bintik putih, dan jerawat kecil.

LIANG PORI TERSUMBAT

Skin anatomy punca jerawat

Ini lazim terjadi jika awak memiliki kulit jenis berminyak. Lebihan minyak yang terhasil akan menyumbat liang pori. Perkara pertama untuk mengatasi sebum berlebihan, dengan memakai pencuci muka yang betul.

KATEGORI JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA

Terdapat 2 jenis kategori jerawat iaitu jerawat tidak meradang dan jerawat meradang. Kita lihat gambar di bawah untuk lebih jelas dan memahami bagaimana ia berlaku.

Punca jerawat dan jenis jerawat

JERAWAT JENIS TIDAK MERADANG

Bintik hitam @ blackhead dan bintik putih @ whitehead adalah jerawat jenis ini. Ia adalah permulaan terjadinya punca jerawat apabila berlakunya sel kulit mati dan sebum berlebihan telah menyumbat liang pori.

Di gelar bintik hitam kerana permukaannya berwarna gelap / hitam akibat terdedah pada persekitaran dan telah berlakunya proses oksidasi. Ia sering kelihatan di hidung, belakang badan dan dada.

Manakala, bintik putih pula ialah permukaan benjolan kecil yang tertutup oleh kulit. Jika tidak dirawat dengan segera, kemungkinan ia akan bertukar kepada keradangan jerawat yang teruk apabila pembentukan bakteria telah berlaku.

2 jenis jerawat ini lebih mudah untuk di rawat. Perkara utama yang wajib awak perlu tahu adalah menggunakan pencuci muka yang dapat mengawal punca jerawat terbentuk.

Fungsi utama pencuci muka yang bagus untuk kulit berminyak khususnya adalah dapat membuang sisa sel kulit mati dan mengawal penghasilan sebum berlebihan.

Awak boleh menggunakan produk penjagaan kulit @ skincare yang mengandungi bahan seperti benzoyl peroxide, Salicylic Acid dan Niacinamide untuk membantu membersihkan kotoran dan liang-liang pori yang tersumbat.

Bahan-bahan ini dapat mengecutkan jerawat dan menghindari berlakunya keradangan yang lebih teruk. Ia boleh di dapati dalam bentuk pencuci muka, toner, exfoliator agent dan gel pelembap.

JERAWAT JENIS MERADANG

Terdapat 4 jenis keradangan jerawat iaitu

  • Papules
  • Pustules
  • Nodules
  • Cysts

Kesemua jerawat ini boleh menjadi semakin teruk dengan kehadiran bakteria P. Acne yang telah memasuki liang pori yang tersumbat dengan kehadiran sel kulit mati dan minyak.

Papules, benjolan kecil berwarna merah berdiameter kurang dari 5 milimeter. Kebiasaannya, ia akan bertukar menjadi pustules apabila tidak dirawat.

Pustules, keradangan jerawat yang dipenuhi oleh nanah. Di permukaan kulit kelihatan merah di sekelilingnya dan putih (nanah) di bahagian tengah.

Di peringkat awal, bahan seperti benzoyl peroxide dan Salicylic Acid amat membantu mengatasi jerawat jenis ini. Jika ia masih tidak berkesan, awak boleh mencari skincare yang mengandungi bahan Retinoid (gunakan % yang rendah untuk permulaan).

Di kenali sebagai nodules atau jerawat batu, keadaan jerawat ini akan menjadi semakin teruk di dalam bawah kulit. Kulit akan keradangan dan membengkak tanpa kelihatan nanah di permukaan kulit. Ia terasa sakit apabila di sentuh.

Cysts pula terjadi apabila nodules menjadi semakin teruk di dalam bawah kulit. Ia kelihatan seperti bisul, berisi nanah dan merah keradangan di permukaan kulit. Amat sakit apabila di sentuh. Hanya rawatan dari pakar dapat meredakan jerawat ini.

Jerawat peringkat teruk, Nodules dan cysts tidak mudah untuk di rawat menggunakan hanya produk over the counter. Awak wajib mendapatkan rawatan pakar dermatologi untuk melihat kondisi sebenar masalah yang dihadapi. Ubat dan antibiotik yang lebih efektif akan di berikan.

PRODUK YANG DISYORKAN

Super Intense Cream Cleanser (sesuai untuk semua jenis kulit)

Super Sensitive Beauty Soap (kulit sensitif & Acne-Prone)

Super Intense Acne Serum

Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion

BOAB Gel Moisturiser

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *