Categories
Beauty Facial beauty Skincare

RETINOL CICA BRIGHTENING SERUM | HAUS SKIN

Brightening Retinol Cica Serum dihasilkan sebagai penambah seri dalam penjagaan kulit terutamanya wajah. Berdasarkan sains kulit, siri penjagaan kulit HAUS banyak memfokuskan kepada masalah kulit dari dalam.

Kulit bermasalah seperti kulit kusam, jerawat, parut gelap, pigmentasi, kulit berminyak, Semua ini adalah masalah kulit yang mampu dirawat oleh formulasi serum retinol Haus ini.

SENARAI BAHAN

Texture : Cream
KKM-Approved : NOT220604011K

Aqua, Laminaria Digitata Extract, Cyclopentasiloxane, Butylene Glycol, Glycerin, Propylene Glycol, Sodium Acrylates Copolymer, Acrylates/Beheneth-25 Methacrylate Copolymer, Phenoxyethanol, Sodium Citrate, Hydroxypropyl Cyclodextrin, Dimethicone Crosspolymer, Lecithin, Saccharide Isomerate, Citrus Medica Limonum (Lemon) Peel Oil, Caprylic/Capric Triglyceride, Trisodium EDTA, Centella Asiatica Extract, Ethylhexylglycerin, Retinol, Triethanolamine, Citric Acid, Octadecyl Di-t-butyl-4-hydroxyhydrocinnamate, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Sodium Hyaluronate, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Polysorbate 20, Carbomer, Arginine, Palmitoyl Pentapeptide-4, Acetyl Hexapeptide-8, Acetyl Tetrapeptide- 5.

KEISTIMEWAAN RETINOL CICA BRIGHTENING SERUM

Ianya diformulasi dengan begitu eksklusif dan menggunakan bahan berkualiti yang mampu bertindak ke lapisan kulit luar dan bahagian dalam untuk membaiki serta melindungi kulit.

Dari dalaman dan luaran, RETINOL CICA memberi signal kepada sel kulit untuk menghasilkan lebih dan lebih banyak lagi sel kulit yang lebih sihat bagi menggantikan sel kulit yang telah rosak di bahagian permukaan kulit.

Sel-sel kulit yang baru dihasilkan ini terdiri daripada protein yang sangat diperlukan oleh kulit seperi kolagen dan elastin untk membuat kulit tampak lebih muda tanpa garis halus dan kedutan.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa Retinol meningkatkan ketebalan epidermis iaitu lapisan kulit dibawah lapisan kulit mati. Penebalan epidermis ini akan menghasilkan kulit yang lebih kuat, anjal, muda, tegang, halus, dan sekata.

Disamping itu, ia dapat mengawal penghasilan minyak berlebihan. la turut menyingkirkan sisa kotoran di dalam ruang pori untuk membantu merawat jerawat dan keradangan untuk pulih dengan lebih pantas.

Keunikan formula HAUS Retinol Cica Brightening Serum adalah ia menggunakan Teknologi “Time-Relase” di mana Retinol akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam lapisan kulit dalam jangka masa yang panjang.

Hasilnya? Kulit akan mendapat manfaat Retinol tanpa kesan iritasi dan kulit kering kritikal yang sering pengguna hadapi oleh produk lain. Nikmati kebaikan anti-penuaan, anti-jerawat, dan antioksidan dari Vitamin A dengan formula ekslusif ini.

KEUNIKAN SERUM RETINOL HAUS

  • Formulasi mesra kulit
  • pH 5.5 yang mesra kulit
  • Berwarna putih
  • Tekstur krim yang lembut
  • Dengan haruman istimewa HAUS
  • Tiasa bahan berasaskan haiwan
  • Mengurangkan masalah purging dengan teknologi “Time-Release”

LANGKAH PENGGUNAAN

  • Sila lalukan ujian “patch-test” sebelum menggunakan produk ini.
  • Gunakan hanya sekali seminggu untuk permulaan dan elak dari menggunakan sebarang produk exfoliate di dalam rutin yang sama.
  • Ratakan 2-3 titis serum ke seluruh wajah dan urut lembut sehingga meresap sepenuhnya.
  • Perhatikan jika terdapat tanda iritasi atau kekeringan dalam masa 3 hari.
  • Jika tiada sebarang kesan tindakbalas, gunakan serum 3 kali seminggu dalam rutin.

AMARAN

Wajib gunakan pelindung matahari, pakai pakaian yang melindungi dari sinar uv matahari, dan hadkan tempoh masa berada di bawah pancaran matahari secara terus ketika menggunakan produk ini dan dalam masa seminggu.

Produk ini mengandungi Retinol yang boleh meningkatkan tahap sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari dan berisiko tinggi untuk kesan kulit terbakar sekiranya tidak memakai pelindung matahari.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *