Categories
Beauty Cosmetics Facial beauty Make-up

SILIKON DALAM FOUNDATION HAUS COSMETICS BERBAHAYA

SILIKON DALAM FOUNDATION HAUS COSMETICS berbahaya. Biar betul?

Hakak dok terbayang silikon yang orang dok buat implan ubah bentuk badan tu. Tapi, tak kan la founder Haus Cosmetics letak benda alah tu dalam Foundation kot.

ASAL USUL SILIKON

Korang tahu tak nama asal bagi silikon? Meh nak kabo. Silikon tu pasir. Pasir itu silikon. Atau nama sains nya pasir silika. Ianya Pasir yang telah melalui pelbagai proses sebelum terbentuk menjadi silikon dioksida.

Satu molekul silika mengandungi oksigen, silikon dan karbon. Ada 2 jenis kumpulan silikon yang diguna pakai di dalam industri kecantikan yang melakukan fungsi yang pelbagai. Jom kita lihat.

KENAPA SILIKON?

The function of silicone in skin care depends on the type of silicone. Some have a skin-smoothing, emollient effect; others form a water-resistant film or improve a product’s ability to spread. Some serve as carrier fluids to deliver an even layer of ingredients and then the silicone evaporates, leaving behind a weightless yet silky finish

SILIKON KUMPULAN 1 (VOLATILE)

  • Molekulnya bersaiz kecil
  • texturenya berbentuk cecair, jernih dan ringan.
  • Sifatnya tiada warna & bau. Ia juga tidak berminyak dan sedikit kandungan air.
  • Ia mudah tersejat. Awak sapu je di permukaan kulit, silikon ini akan segera tersejat ke udara tanpa meninggalkan kesan pada kulit.
  • Amat mudah dicuci
  • Apabila dipakai dan tidak rasa berat pada kulit.
  • Antara silikon dalam group ini ialah Cyclopentasiloxane dan cyclohexasiloxane.
  • Selain foundation, ia juga terdapat dalam pelbagai produk penjagaan diri. Contohnya, produk suncreen, spf Moisturiser, antiperspirant dan lipstick.
Silicon dalam foundation Haus

SILIKON KUMPULAN 2 (NON-VOLATILE)

  • Ia juga dikenali sebagai Silikon Polimer.
  • Saiz melekulnya lebih besar dan berat.
  • Mempunyai 2 texture iaitu pepejal dan cecair pekat.
  • Ia tidak boleh dicuci sekadar dengan air tetapi masih boleh dicuci menggunakan bahan khas.
  • Jenis ini tidak mudah tersejat ke udara. Fungsinya untuk mengekalkan & mencegah kehilangan air di permukaan kulit.
  • Tugas silikon ini juga mengekalkan kelembutan pada permukaan kulit.
  • Contoh silikon polimer ini seperti Dimethicone @ polydimethylsiloxane dan cetearyl methicone @ siloxane. Ia banyak terdapat dalam cream ruam lampin atau shampoo.
  • Barangan kecantikan yang mempunyai kemasan waterproof banyak menggunakan silikon jenis ini untuk memberi kesan tahan lama & kalis air.

Jom kita lihat video Puan Eiyma (founder), bercerita manfaat silikon dalam foundation Haus Cosmetics.

CYCLOPENTASILOXANE MERBAHAYA?

Sekiranya terminum, ia akan cepat tersebar keluar melalui pernafasan dan dikeluarkan melalui air kencing. Cyclopentasiloxane (D5), tidak mungkin berkumpul di dalam badan.

Dalam kajian, D5 juga tidak menyebabkan kerengsaan kulit. Bahkan ia memberi kesan nyaman dan mencegah berlakunya kerengsaan seperti pesakit rosacea.

Tinjauan 2011, CANADIAN ENVIRONMENTAL PROTECTION ACT, 1999
menyimpulkan bahawa D5 tidak menimbulkan bahaya kepada alam sekitar.

Lembaga tinjauan tidak menemui bukti ketoksikan kepada organisma mana pun. Lembaga juga tidak menemui bukti bahawa bahan kimia tersebut dapat mencapai kepekatan yang cukup tinggi sehingga menyebabkan masalah pada haiwan.

Produk yang mengandungi cyclopentasiloxane boleh digunakan dengan selamat pada rambut dan kulit anda jika kandungannya tidak melebihi seperti dalam piawaian 0.1%.

JENIS KULIT vs. BAHAN CYCLOPENTASILOXANE?

Silikon ini sesuai untuk kebanyakan jenis kulit termasuk la kulit sensitif kerana sifatnya tidak merengsakan kulit. Ia hanya sebagai agen pembawa, membawa bahan-bahan aktif lain untuk diserap ke dalam kulit sebelum ia tersejat ke udara.

Bersifat non-comedogenic dan molekulnya yang bersaiz kecil dan paling bagus ia tidak mengakibatkan liang roma tersumbat. Malah, kulit masih boleh ‘bernafas’.

MASIH PERCAYA SILIKON MERBAHAYA?

Masih takut akan silikon? Ya. Jika awak memang alegik kepada bahan silikon. Secara peribadi, awak seharusnya mempunyai sedikit ilmu mengenai jenis silikon yang digunakan. Jadi awak tidak mudah tertipu.

Masih takut menggunakan FOUNDATION dari HAUS COSMETICS? Tentu la tidak. Malah ia akan mencantikkan lagi texture kulit muka awak dengan teknologi Seboclear-MP nya.

Apa manfaat awak dapat bila konsisten pakai foundation Haus Cosmetics? Lihat bawah

Rugi awak jika masih tidak mencuba. Mereka makin cantik, awak pula kekal begitu. Kulit muka kusam & suram tidak bermaya. Berjerawat berterabur di muka.

Rujukan
▪️ https://www.healthline.com/health/cyclopentasiloxane#takeaway
▪️ Why Does Cyclopentasiloxane Have A Bad Reputation?
▪️ https://www.paulaschoice.com/skin-care-advice/ingredient-spotlight/silicone-in-skin-care

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *