Categories
Beauty Health

SINAR ULTRAVIOLET (UV) DAN SUNSCREEN

SINAR ULTRAVIOLET (UV) ? Dulu pengguna tak berapa tahu pasal ni sebab tiada pendedahan. Biasa bila sebut SPF.. Ohh, untuk sunscreen tu ya.

SINAR ULTRAVIOLET (UV) ➡️ UVA / UVB / UVC

Cahaya ultraviolet (UV) mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang dapat dilihat. Kita tidak boleh tengok dengan mata kasar. Ada 3 jenis sinar UV yang dipancarkan oleh matahari.

SINAR UVC

Sinaran UVC adalah yang paling berbahaya tetapi cahayanya hampir sepenuhnya diserap oleh atmosfera kita. Ia tidak dapat tembus masuk ke bumi. Ia ditapis dan diserap oleh lapisan ozon bumi.

Sinaran UVC boleh sebabkan sunburn dan sakit mata yang teruk (photokeratitis). Awak wajib elakkan terkena sinar UVC ni secara langsung k. Jika terdedah dengan UVC ni, biasanya sunburn hilang dalam masa seminggu. Kerosakan DNA kulit akibat UVC juga rendah.

SINAR UVB (BURNING)

Sinar UVB adalah sinar berbahaya yang menyebabkan selaran matahari (sunburn). Pendedahan dalam jangka masa lama, meningkatkan risiko DNA dan kerosakan sel lain pada organisma hidup. Tetapi, nasib baik, hampir sekitar 95 peratus sinar UVB diserap oleh ozon di atmosfera Bumi.

Perasan tak? Petua orang dulu-dulu. Bila anak yang baru lahir ada demam kuning. Depa akan jemur bayi seketika di bawah sinar matahari pagi. Sinar UVB rupanya. Sekarang tak perlu kot jemur bayi kat luar. Duduk je area tingkap rumah pun dah boleh terima sinar UVB.

Pendedahan pada matahari tu la yang hasilkan sejenis vitamin D, (vitamin D3). Vitamin ini penting bila bersama dengan kalsium. Ia meningkatkan penyerapan kalsium untum meningkatkan kesihatan tulang dan otot.

SINAR UVA (AGING)

Sebanyak 95% UVA tembus ke bumi. Sinar UVA mempunyai wavelength lebih panjang yang dapat menembusi lapisan tengah kulit awak (dermis).

Sangat-sangat bahaya dan ia boleh mengakibatkan proses pra penuaan berlaku. Jika tiada perlindungan. Sinar UVA mampu merosakkan DNA. Jeragat adalah masalah kulit yang disebabkan oleh sinar ini dan paling teruk, kanser kulit.

SUN PPROTECTION FACTOR (SPF)

PROTECTION GRADE OF UVA (PA)

UV BROAD SPECTRUM

Dah tahu serba ringkas pasal UVA, UVB dan UVC. UV BROAD SPECTRUM ni apa pula? Ia adalah sunscreen gabungan UVA dan UVB untuk hasilkan perlindungan sepenuhnya terhadap kulit.

Sebelum ni kurang kajian mengenainya. Kita pun fikir takda pun takpe la. Pakai je sunscreen SPF 30 / SPF 50 dah cukup. Tak perlu kot sampai ada label UV BROAD SPECTRUM ni.

Rupa-rupanya bila banyak penyelidikan pasal sinar UV ni. Tidak cukup jika kita pakai sunscreen yang ada nilai SPF sahaja. Kulit awak hanya dilindungi oleh sinar UVB sahaja. Padahal, UVA juga merbahaya.

Bila awak pakai produk sunscreen yang ada nilai UV BROAD SPECTRUM ni, baru kulit awak dilindungi sepenuhnya dari sinar UVA & UVB.

UV BROAD SPECTRUM FOUNDATION

Mana nak cari SUNSCREEN yang ada nilai UV BROAD SPECTRUM? Tak payah susah-susah cari jauh. MELTY GLAM AQUA FOUNDATION dari Haus Cosmetics kan ada. Produk di iktiraf HALAL oleh Jakim lagi. Tiada keraguan untuk awak guna.

Mana buktinya? Jom tengok sijil test lab di bawah ni. Ujian makmal ini dibuat di Taiwan. Dalam sijil tersebut, terbukti Foundation Haus Cosmetics ini, mempunyai nilai UV BROAD SPECTRUM.

Bukan sekadar SPF50, tetapi nilainya lebih tinggi iaitu SPF 82. Critical wavelength juga melebihi 370 nanometers, iaitu 382.96 nanometers. Jelas kan?

Bukan boleh claim sesuatu produk sunscreen itu ada nilai UV BROAD SPECTRUM ya. Wajib beserta dengan bukti. Jika tiada, jangan beli sebab tidak terjamin kulit awak dilindungi sepenuhnya dari sinar UVA dan UVB.

RUJUKAN
▪️https://www.skincancer.org/risk-factors/uv-radiation/
▪️https://www.fda.gov/radiation-emitting-products/tanning/ultraviolet-uv-radiation
▪️https://science.nasa.gov/ems/10_ultravioletwaves

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *