Jom lihat aturan skincare kulit kusam dan berjeragat Haus yang amat disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit tersebut. Set ini sesuai digunakan oleh pengguna berkulit normal, kulit kering dan kulit jenis kombinasi.
LANGKAH PENGGUNAAN SKINCARE KULIT KUSAM DAN BERJERAGAT HAUS
PENCUCI MUKA @ CLEANSER
Pertama sekali, yang kita wajib tahu adalah jenis pencuci muka yang paling sesuai untuk jenis kulit ini. Pencuci muka wajib kaya dengan bahan hidrasi dan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Jika ia bersifat – ‘harsh Cleanser‘, kulit muka akan mudah menjadi kering, merah-merah dan pedih selepas mencuci muka. Ia berkemungkinan, pencuci muka tersebut bersifat alkali atau ada bahan yang tidak serasi dengan kulit.
Pilih la pencuci muka seperti Super Intense Cream Cleanser yang ‘mild‘ dan kaya dengan bahan hidrasi. Seperti Laminaria Digitata (Algae) Extract, Glycerin, Sodium Hyaluronate, Salicylic Acid, Niacinamide, Azelamidopropyl Dimethyl Amine.
Dengan mengekalkan nilai pH sedikit berasid seperti pH kulit manusia (pH 5.5 – 6), kulit wajah kekal terasa segar dan berseri tanpa rasa rengsa selepas cucian.
EXFOLIATION
Amat digalakkan guna untuk rutin malam sahaja. Ada 2 jenis ajen pengelupasan yang biasa kita guna dalam rutin skincare. Pysical exfoliate seperti BOAB Scrub Cleanser dan chemical exfoliate iaitu Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion.
Tapi kena ingat ya. Bila kita pakai 2 jenis exfoliant ni, kita wajib pakai sunscreen. Kulit kita akan jadi sensitif terhadap cahaya uv terutamanya yang jenis chemical exfoliant ni.
Jangan over-exfoliant pula, nanti keradangan pula kulit muka tu. Kena tahu keperluan kulit ya. Jika awak mempunyai jerawat aktif, jangan guna scrub. Ia mungkin akan mengakibatkan jerawat makin teruk.
TONER
Bagi kulit kering yang agak ketara seperti kulit kasar dan mengelupas, amat digalakkan untuk menambah toner di dalam rutin penjagaan wajah mereka. Pilih la toner seperti Hydrapore Cream Skin Toner.
Toner ini kaya dengan bahan hidrasi seperti Glycerin, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed oil, Saccharide Isomerate, Salicylic Acid, Niacinamide, dan Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum.
Bahan-bahan ini memberi pelindung tambahan pada kulit anda untuk mengunci kelembapan dan memelihara skin barrier. Ia juga dapat mengawal pengeluaran sebun berlebihan.
Digunakan secara konsisten, insya Allah kulit akan bertambah sihat dan cantik. Kulit menjadi semakin lembut dan lembap.
SERUM
Serum menjadi keutamaan jika ingin memulihkan dan memperbaiki dalaman kulit. Seiring dengan peningkatan usia, kulit tidak dapat lagi aktif membentuk kolagen seperti kita masa muda.
Kulit muka juga sering terdedah pada ancaman persekitaran. Jika tidak di jaga, kulit mudah menjadi kusam dan tona tidak sekata. Wajah pun mudah mengalami pra penuaan.
Jika itu lah masalahnya, pilih la Serum seperti Silky Intense Oil Serum Calendula. Ia mengandungi 5 Jenis Estrak Pati Minyak antara yang terbaik di dunia. Antaranya, minyak argan dan minyak jojoba.
Keistimewaan Oil Serum Haus ini, ia ada bahan Omegalight yang boleh memudarkan parut hitam dan jeragat nipis. Ia setanding tindakan dan manfaat kojic asid.
Bagaimana pula jika kulit berjeragat tebal? Serum yang sesuai untuk masalah ini adalah Blood Orange Algae Brightening Serum. Ia mengandungi 25x ganda vitamin C. Mampu mencerahkan kulit dan memudarkan jeragat dan parut hitam.
Andai kata kulit awak cenderung berminyak & mempunyai jerawat di area zone T, awak wajib selesaikan masalah jerawat dahulu.
Bagi zone T yang berjerawat, awak disyorkan menggunakan Super Intense Acne Serum. Acne serum ni bertindak mematikan bakteria P.acne yang menyebabkan jerawat makin teruk dan keradangan.
Antara bahan aktifnya, Laminaria Digitata (Algae) Extract, Saccharide Isomerate, Glycerin, Salicylic Acid, Niacinamide, Sodium Hyaluronate dan Centella Asiatica Extract.
PELEMBAP @ MOISTURISER
Pelembap menjadi rutin wajib pada kulit jika tidak menggunakan serum. Selain pencuci muka dan pelindung uv, Ia adalah penjagaan asas untuk kesihatan kulit wajah.
Blur ni, serum lagi okey atau pelembap untuk kulit kering? Macam mana nak tahu keperluan kulit kita? Boleh guna salah satu atau wajib pakai 2-2?
Pakai yang wajib dulu iaitu pelembap. Jika pelembap masih tidak dapat nak beri kelembapan sepenuhnya pada kulit, baru topup serum.
Pelembap berfungsi di bahagian atas lapisan kulit manakala serum bertindak jauh ke dalam kulit. Perlu tahu keperluan kulit kita dahulu.
Pelembap seperti Blood Orange Algae Brightening Cream Moisturiser amat disyorkan untuk kulit kering. Ia amat kaya dengan bahan hidrasi seperti ekstrak rumpai laut laminaria digitata, Shea butter, glycerin dan Cocoa seed butter.
Di bahagian berminyak, amat disyorkan untuk memakai Blood Orange Algae Brightening Gel Moisturiser. Ia mengandungi ekstrak brown algae, Salicylic Acid, Niacinamide, Centella Asiatica dan Sodium Hyaluronate.
TREATMENT CREAM
Sebelum pakai sunscreen, tidak lupa juga kita beri perhatian pada keadaan kulit. Pakai toner, serum dan pelembap pun masih tidak boleh nak beri hidrasi dan kelembapan sepenuhnya pada kulit.
Kulit masih agak kering. Ia berpunca dari penghadang kulit @ skin barrier yang rosak. Permukaan kulit tidak dapat memerangkap & mengekalkan kelembapan kulit. Mengakibatkan kulit kita mudah hilang kelembapan.
Oleh itu, kita wajib baiki penghadang kulit kita dulu dengan Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream. Krim ini mengandungi Ceramide NP yang menyamai komposisi ceramide semulajadi yang terdapat pada kulit kita.
Bahan aktif lain nya adalah Laminaria Digitata (Algae) Extract, Glycerin, Jojoba Esters. Aloe Vera Leaf Juice Powder, Green Tea Leaf Extract, Allantoin, Lemon Peel Oil, Centella Asiatica Extract dan Cholesterol.
PELINDUNG UV @ SUNSCREEN
Langkah akhir dalam rutin penjagaan wajah. Seeloknya, pilih la sunscreen yang bernilai spf30 keatas. Lebih bagus, jika dinyatakan sebagai broad spectrum.
Haus Skin masih tidak ada krim pelindung uv yang khusus. Setakat ini, hanya Foundation Haus dilengkapi dengan Sunscreen spf50 pa++++ yang bersifat broad spectrum.
Tetapi perlu ingat ya. Jika foundation tidak digunakan seperti saranan penggunaan sunscreen iaitu 1 sudu kecil / 2 ruas jari, pelindungan sinar uv tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Selepas dah lengkap semua keperluan wajah, baru la bersedia pakai make-up cecantik. Boleh lihat carta turutan di bawah untuk lebih jelas ya.

Sekarang awak dah tahu kan apa skincare untuk kulit kering kombinasi yang sesuai dengan awak?
Atau masih ragu-ragu? Jom lihat dulu TESTIMONI pengguna kulit kering kombinasi?