SKINCARE UNTUK KULIT BERMINYAK BERJERAWAT ini dikategorikan kepada 2 keadaan kulit wajah. Sama ada awak ada masalah kulit berminyak atau awak miliki wajah berminyak dan sensitif.
2 pakej ini diformulasi dengan cukup teliti untuk mengatasi masalah kulit yang dihadapi. Antara pilihan pakej yang ada, boleh rujuk disini.
TANDA-TANDA KULIT BERMINYAK
Tanda-tanda yang awak perlu untuk kenalpasti sama ada kulit awak cenderung berminyak atau tidak. Jom lihat di bawah. Antaranya,
- Terdapat lebihan sebum di seluruh wajah.
- Kulit muka kelihatan berkilat
- Liang pori terbuka dan jelas kelihatan
- Berjerawat di sekitar dahi, pipi dan dagu
- Terdapat blackheads & whiteheads
Kulit berminyak sering dikaitkan dengan masalah jerawat. Jom lihat susun atur produk Haus yang amat sesuai untuk awak atasi masalah tersebut.
LANGKAH PENGGUNAAN SKINCARE KULIT BERMINYAK BERJERAWAT
PENCUCI MUKA @ CLEANSER
Pertama sekali, yang awak wajib tahu adalah jenis pencuci muka yang paling sesuai untuk jenis kulit. Samaada awak mempunyai kulit berminyak atau kulit berminyak dan sensitif.
Jika ia bersifat – ‘harsh Cleanser‘, kulit muka akan kelihatan tegang dan ketat selepas cuci muka. Ia boleh menyebabkan muka kemerahan dan keradangan mudah berlaku.
Pencuci muka wajib kaya dengan bahan-bahan hydration untuk memastikan kulit awak tidak mudah terengsa dan menjadi kering.
Pilih la pencuci muka seperti Super Intense Cream Cleanser yang lembut dan kaya dengan bahan hidrasi dan kelembapan. Seperti Laminaria Digitata (Algae) Extract, Glycerin, Sodium Hyaluronate, Salicylic Acid, Niacinamide, Azelamidopropyl Dimethyl Amine.
Jika awak mempunyai kulit yang sensitif, seperti resdung, ekzema dan mempunyai history pakai produk terlarang. Amat digalakkan awak mulakan dengan Super Sensitive Beauty Soap.
Pencuci muka ini hanya mengandungi bahan-bahan semulajadi. Tiada pewarna, pewangi dan bahan pengawet. Ia juga tiada bahan yang merengsakan kulit seperti SLS dan SLES.
EXFOLIATION
Ada 2 jenis ajen pengelupasan yang biasa kita guna dalam rutin skincare. Pysical exfoliate dan chemical exfoliate.
Pysical exfoliate seperti Blood Orange Algae Brightening Scrub Cleanser untuk remaja dan belia. Scrub ini biasanya digunakan 2 kali seminggu. Fungsi asasnya membuang sisa kulit mati dipermukaan kulit muka.
Ia juga boleh membersihkan liang pori yang tersumbat dengan adanya bahan Salicylic Asid dan Niacinamide.
Manakala Super Potent AHA BHA Exfoliating Lotion digalakkan mereka yang berusia lebih 25 tahun. Ia menggalakkan semula kitaran sel kulit kembali normal iaitu 28-30 hari.
Chemical exfoliate ini meresap jauh ke dalam kulit untuk merangsang semula pembentukan kolagen agar kulit kembali anjal dan cantik. Ia hanya digunakan 2-3 kali seminggu sahaja.
Jangan over-exfoliant pula, nanti keradangan pula kulit muka tu. Kena tahu keperluan kulit ya. Jika awak mempunyai jerawat aktif, jangan guna scrub. Ia mungkin akan mengakibatkan jerawat makin teruk.
Tapi kena ingat ya. Bila kita pakai 2 jenis exfoliant ni, kita wajib pakai sunscreen. Kulit kita akan jadi sensitif terhadap cahaya uv terutamanya yang jenis chemical exfoliant ni.
TONER
Bagi kulit berminyak berjerawat, adakalanya mengalami masalah dehidrasi seperti kulit terasa kasar dan mengelupas. Ia berlaku apabila kulit kurang air.
Saya amat menggalakkan untuk awak menambah toner di dalam rutin penjagaan wajah.
Pilih la toner seperti Hydrapore Cream Skin Toner. Toner ini kaya dengan bahan hidrasi seperti Glycerin, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed oil, Saccharide Isomerate, Salicylic Acid, Niacinamide, dan Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum.
Bahan-bahan ini memberi pelindung tambahan pada kulit anda untuk mengunci kelembapan dan memelihara skin barrier. Ia juga dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan.
Digunakan secara konsisten, insya Allah kulit akan bertambah sihat dan cantik. Kulit menjadi semakin lembut dan lembap.
SERUM
Serum menjadi keutamaan jika ingin memulih dan memperbaiki masalah kulit.
Apabila kilang sebum menghasilkan minyak yang tidak terkawal, pasti membawa kepada masalah jerawat. Liang pori pasti tersumbat dengan sel kulit mati. Akibatnya, jerawat pasti berlaku.
Awak disyorkan menggunakan Super Intense Acne Serum. Acne serum ni bertindak mematikan bakteria P.acne yang menyebabkan jerawat makin teruk dan keradangan.
Antara bahan aktifnya, Laminaria Digitata (Algae) Extract, Saccharide Isomerate, Glycerin, Salicylic Acid, Niacinamide, Sodium Hyaluronate dan Centella Asiatica Extract.
PELEMBAP @ MOISTURISER
Pelembap menjadi rutin wajib pada kulit jika tidak menggunakan serum. Selain pencuci muka dan pelindung uv, Ia adalah penjagaan asas untuk kesihatan kulit wajah.
Di bahagian berminyak, amat disyorkan untuk memakai Blood Orange Algae Brightening Gel Moisturiser. Ia mengandungi ekstrak brown algae, Salicylic Acid, Niacinamide, Centella Asiatica dan Sodium Hyaluronate.
TREATMENT CREAM
Sebelum pakai sunscreen, tidak lupa juga kita beri perhatian pada keadaan kulit. Pakai toner, serum dan pelembap pun masih tidak boleh nak beri hidrasi dan kelembapan sepenuhnya pada kulit.
Kulit masih agak kering. Ia berpunca dari penghadang kulit @ skin barrier yang rosak. Permukaan kulit tidak dapat memerangkap & mengekalkan kelembapan kulit. Mengakibatkan kulit kita mudah hilang kelembapan.
Oleh itu, kita wajib baiki penghadang kulit kita dulu dengan Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream. Krim ini mengandungi Ceramide NP yang menyamai komposisi ceramide semulajadi yang terdapat pada kulit kita.
Bahan aktif lain nya adalah Laminaria Digitata (Algae) Extract, Glycerin, Jojoba Esters. Aloe Vera Leaf Juice Powder, Green Tea Leaf Extract, Allantoin, Lemon Peel Oil, Centella Asiatica Extract dan Cholesterol.
PELINDUNG UV @ SUNSCREEN
Langkah akhir dalam rutin penjagaan wajah. Seeloknya, pilih la sunscreen yang bernilai spf30 keatas. Lebih bagus, jika dinyatakan sebagai broad spectrum.
Haus Skin masih tidak ada krim pelindung uv yang khusus. Setakat ini, hanya Foundation Haus dilengkapi dengan Sunscreen spf50 pa++++ yang bersifat broad spectrum.
Tetapi perlu ingat ya. Jika foundation tidak digunakan seperti saranan penggunaan sunscreen iaitu 1 sudu kecil / 2 ruas jari, pelindungan sinar uv tidak dapat berfungsi sepenuhnya.