Categories
Beauty Facial beauty Health Skincare Superfood

ST. JOHN’S WORT OIL MERAWAT RADANG KULIT

Tidak sangka pula antara khasiat ST. JOHN’S WORT OIL dapat merawat radang kulit. Cantik sungguh bunganya kan. Kuning keemasan.

Amat bagus dijadikan sebagai bahan aktif dalam bidang kecantikan ni. Insya Allah, sesiapa yang mempunyai kulit sensitif, minyak ini amat sesuai untuk digunakan.

Nama saintifik nya Hypericum perforatum. Spesies ini boleh dijumpai di kawasan beriklim sederhana di Eurasia. Jom kita lihat apa manfaatnya ya.

KEISTIMEWAAN MINYAK ST. JOHN’S WORT

Keistimewaan utama Minyak St. John’s Wort ni adalah anti-microb dan anti-radang. Ia berfungsi dalam merawat luka-luka kecil seperti keradangan jerawat dan luka terbakar.

Minyak patinya jika disapu pada kulit, boleh memudarkan kesan terbakar pada selaan matahari (sunburn).

Oleh kerana sifatnya anti-oksidan, ia dapat melindungi kulit dari tindakbalas radikal bebas yang berlaku. Skin barrier dapat dilindungi dari serangan microb merbahaya dari merengsakan kulit.

Keistimewaan lainya, dapat merangsang pertumbuhan tisu baru menggantikan sel kulit yang bermasalah seperti ekzema dan penyakit keradangan kulit lainnya.

St. John’s Wort oil ini boleh memudarkan parut dan meredakan kerengsaan kulit sensitif dan bermasalah.

Ia juga dipercayai dapat mengurangkan kedutan diwajah jika digunakan secara berterusan.

PRODUK YANG DISYORKAN

Super Sensitive Beauty Soap

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *