Categories
Skincare

SUNSCREEN | HAUS SKIN

Sunscreen Haus antara produk terbaru pada tahun 2022 selain Magic Pinky Compact Powder. Ia dinamakan Super Moisturizing Sunscreen dengan kadar pelindungan SPF50 PA++++. Diformulasi dalam bentuk gel-cream bertekstur ringa dan mudah serap namun amat melembapkan kulit.

SENARAI BAHAN

Texture : Gel-Cream
KKM-Approved : NOT220216103K

Aqua, Butyl Methoxydiberzoylmethane, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cyclopentasiloxane, Boron Nitride, Butylene, Glycol, Dctocrylene, Propylene Glycol, Saccharide Isomerate, Glycol, Trimethylsiloxysilicate, Sodium Acrylates, Copolymer, Camellia Sinensis Leaf Extract, PPG-20 Ether Methyl Glucose, Phenoxyethanol Lecithin, Glycerin, Hydroxyethylcellulose, Dimethicone, Crosspolymer, Fragrance, Caprylic/Capric, Triglyceride, Tetrasodium EDTA, Triethylene Glycol, Sodium Polyacrylate, Dicaprylyl Carbonate, Octadecyl, Di-t-butyl-4-Hydroxyhydrocinnamate, Centella Asiatica Extract, Hydrogenated Lecithin, Sodium Hyaluronate, Cholesterol, Citric Acid, Sodium Citrate, Polyglyceryl-3 Caprate

KEISTIMEWAAN SUNSCREEN HAUS

  • Inspirasi dari produk pelindungan matahari dari Korea yang amat selesa
  • Tidak melekit & memedihkan mata
  • Melembapkan kulit
  • Amat sesuai dengan iklim Asia
  • Tidak menyumbat pori-pori
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif (disarankan buat patch test terlebih dahulu)

BAHAN-BAHAN UTAMA

ENCAPSULATION TECHNOLOGY – WOW (water-oil-water)

Teknologi WOW adalah antara yang terkini di bawa masuk ke Malaysia. Di mana, bahan pelindung suria di lindungi 2 cengkerang bersaiz mikro. Ia dicipta supaya penebat UV tersebut kekal stabil dan dapat memberi pelindungan berpanjangan.

Jadi, ia berbeza dari UV filter biasa yang bersifat melekit, likat dan mudah hilang keberkesanan. Teknologi encapsulation ini membolehkan ianya digabungkan di dalam tekstur gel-cream yang ringan, tidak berminyak dan tidak menyumbatkan pori.

Ia juga memastikan UV filter ini kekal berada di pada pemukaan kulit dan tidak melepasi lapisan kulit. Jadi ianya tidak merengsakan kulit, walaupun pada pengguna berkulit sensitif.

Hyaluronate Acid, bersaiz pertengahan (medium molecular weight) yang bukan sahaja membekalkan kelembapan kulit, tetapi juga berupaya membantu merawat kulit rosak dan berparut contohnya akibat jerawat. Ia juga dapat mengurangkan tanda-tanda awal penuaan seperti garis halus dan kedutan.

Ekstrak Pegaga atau lebih popular dengan nama Cica dengan teknologi encapsulated, yang menjamin bahan ini dapat memasuki lapisan kulit di mana kerosakan kulit berlaku, seterusnya mempercepatkan rawatan parut, kemerahan kulit, jerawat, serta meningkatkan keanjalan kulit.

Saccharide Isomerate yang dibentuk dari molekul polysakarida yang menyerupai Natural Moisturizing Factor (NMF) semulajadi kulit. Saccharide Isomerate berupaya mengikat kelembapan dari persekitaran, seterusnya memastikan kulit kekal lembap sehingga 72jam walaupun setelah dicuci atau dibilas.

Ekstrak Teh Hijau yang kaya dengan antioksidan yang tinggi. Antioksidan amat penting untuk memastikan kesihatan sel-sel kulit. dengan adanya antioksidan, radiasi UV dapat dineutralkan sebelum ianya sempat menjejaskan sel-sel kulit.

BOARD SPECTRUM SUNSCREEN HAUS

Broad Spectrum merujuk kepada regulasi US FDA (Food & Drug Administration) yang memantau keseluruhan produk pelindung matahari di Amerika Syarikat.

Ia menjelaskan bahawa kesemua produk pelindung matahari perlulah berkesan menebat kedua-dua UVA dan UVB dengan jumlah yang setara. Sebelum ini, kebanyakan produk hanya melindung dari UVB yang menyebabkan sunburn, yang dinyatakan dengan nilai SPF, tanpa mengambil kira sama ada produk tersebut berkesan atau tak terhadap UVA.

Kajian terkini mendapati UVA lebih merbahaya kerana ianya dapat melepasi jauh ke dalam lapisan dermis kulit dan berpotensi menyebabkan kanser kulit. Haus Super Moisturizing Sunscreen adalah jenis broad spectrum yang melindungi dari kedua-dua UVA & UVB dengan kesan maksima.

SPF50 memberikan pelindungan sebanyak 98% daripada radiasi UV. Masih wujud serapan UV pada kulit yang boleh menghasilkan kerosakan pada sel dan DNA kulit. Jadi, Maksudnya, Super Moisturizing Sunscreen betul-betul dapat melindungi kulit dengan menyeluruh dan berkesan!

Sinaran UVA jauh lebih merosakkan kerana ianya melepasi jauh ke dalam kulit sehingga lapisan dermis, manakala UVB hanya dapat menembusi lapisan epidermis.

MAKSUD NILAI SPF50 PA++++

SPF bermaksud ‘Sun Protection Factor’ yang menunjukkan jumlah sinaran UVB yang ditapis oleh produk pelindung matahari tersebut dalam bentuk tenaga photon. Secara amnya, produk SPF50 boleh menebat 98% jumlah radiasi, berbanding 93% pelindungan pada produk SPF15.

Walaupun perbezaan antaranya nampak kurang ketara, namun kebiasaan kita secara amnya tidak menggunakan sunscreen pada jumlah yang sepatutnya, dan jarang membuat sapuan kedua (reapply). Jadi, nilai SPF50 boleh menimbal semula kekurangan pemakaian ini, dan memastikan kulit sentiasa dilindungi dengan baik.

PA pula bermaksud ‘Protection Against UVA’ iaitu jumlah pelindungan terhadap radiasi UVA. Nilai kiraan PA agak rumit, jadi ia dikelaskan dengan beberapa cara, antaranya simbol + dengan nilai ‘+’ paling sedikit, dan nilai ‘++++’ seperti di dalam Haus Super Moisturizing Sunscreen sebagai nilai maksima. Ada juga jenama yang menggunakan sistem ‘Star Rating’ dari nilai 1-star sehingga 5-star.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *