Categories
Beauty Facial beauty Skincare

SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP

SENSITIVE SOAP atau nama penuhnya Super Sensitive Beauty Soap, terlalu banyak manfaatnya. 1001 manfaat kegunaan dari head to toe.

Sabun buku 20g dan 50g ini diformulasi berasaskan bahan-bahan semulajadi.

  • Kurang berbuih dan tiada pewangi.
  • Mengandungi essential oil.
  • Tiada bahan pengawet.
  • Tidak mudah lembik, cair atau rosak.

SENARAI BAHAN

Texture : bar Soap
KKM-Approved : NOT191205202K

Aqua, Glycerin, Sodium Stearate, Sorbitol, Sodium Laurate, Sodium Oleate, Butyrospermum Parki (Shea Butter), Sodium Cocoate, Sodium Paim Kernelate, Hypericum Perforatum Oil, Persea gratissima (Avocado) Oil, Argania Spinosa Kernel (Argan) Oil, Citrus Medica Limomum (Lemon) Peel Oil, Meialeuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Spent Grain Wax, Citric Acid, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Tncopherol

BAHAN-BAHAN UTAMA SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP

Sabun buku bertekstur yang sangat halus dari bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dibuat istimewa untuk mereka yang berkulit sensitif, beminyak, dan bejerawat.

Uniknya, Sensitive Soap ini juga sesuai dengan mereka yang berkulit kering kerana ciri pelembapannya yang tinggi. Lihat sahaja barisan bahan-bahannya yang hebat.

Shea butter dikenali dengan kemampuannya untuk melembapkan kulit. Disamping itu, ia mampu mengurangkan keradangan kulit dan menenangkan kegatalan akibat rengsaan kulit.

Avocado oil jarang sekali ditemui di dalam pembuatan sabun kerana nilainya mahal. Walaubagaimanapun, kami menjanjikan awak kualiti setimpal dengan harganya.

Avokado mengandungi multivitamin yang sangat baik seperti Vitamin A, D dan E dalam membantu melembap dan melindungi kulit anda dari sinaran UV yang merosakkan.

Minyak Argan menjadi kegemaran ramai dalam menyuburkan kulit kerana kandungan Vitamin E semulajadinya yang tinggi.

Lemon Peel oil adalah sumber semulajadi vitamin C yang bekerja untuk melawan radikal bebas dengan ciri antioksidanya. Ia menyumbang kepada kulit yang lebih cerah berseih, bebas dari bintik hitam, dan tona tidak sekata.

Tea Tree oil pula telah digunakan dengan meluas untuk merawat jerawat dengan ciri anti-keradangannya yang hebat.

St. John Wort dan Spent Grain Wax pula memainkan peranan dalam mengelakkan kulit kering & iritasi kulit terjadi. Ia mempunyai fungsi anti-radang.

Jika awak perasan, kesemua bahan utama di dalam SENSITIVE SOAP ni ada bersifat antioksidan dan anti-radang.

SABUN 1001 MANFAAT

Selain dijadikan sebagai pencuci muka, Super Sensitive Beauty Soap ini juga boleh dijadikan sebagai shampoo. Masalah kulit kepala gatal, insya Allah dapat diatasi bila digunakan setiap hari.

Pada sesiapa yang mempunyai masalah keradangan seperti gatal-gatal kulit atau ekzema di mana-mana bahagian badan, boleh mencuba Sensitive Soap ini.

Ekzema, suatu penyakit kulit yang kerap kali menyerang bayi seawal usia. Kulit extra kering nenyebabkan kegatalan. Jika tidak terkawal, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria.

Bayi seawal 6 bulan boleh mencuba Sensitive Soap ini. Insya Allah, dengan fungsi memberi 2x kelembapan, kulit yang keradangan dapat diredakan seawal 10 minit.

Ia juga berkesan dalam meredakan penyakit kayap agar tidak menyebabkan keradangan yang lebih teruk. Memulihkan kesan luka kayap agar kulit kembali sihat dan cantik.

Ibu mengandung juga boleh menggunakan sabun ini untuk mengurangkan kegatalan di perut akibat kulit tegang apabila bayi semakin membesar. Ia juga membantu mengurangkan tanda stretchmark.

Sebab itu la, sabun ini dikatakan mempunyai 1001 manfaat dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dari kepala hingga ke kaki.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *