Categories
Beauty Health Superfood

SUPPLIMENT DIET NEUTROCUT | HAUS SUPERFOOD

SUPPLIMENT DIET NEUTROCUT HAUS diformulasi dengan sempurna khas bagi anda yang ingin mengawal selera makan, mencari hidangan gantian dalam menu seharian, dan juga menurunkan berat badan melalui diet yang sihat.

Didapati dalam 2 perisa yang membeli jiwa anda iaitu coklat dan vanilla, NEUTROCUT menggabungkan 3 perkara asas dalam hidangan yang sihat iaitu kandungan protein dan serat yang tinggi serta mengawal selera pemakanan anda.

Senarai Bahan (Perisa Coklat): Serbuk Whey, Serbuk Susu Skim, Fruktosa, Serbuk Beras Perang, Serbuk Koko, Psyllium Husk, Serbuk Oat, Serbuk Kopi, DNF-10 (Ekstrak Yis), Vitamin Premix, Mineral Premix, Ekstrak Garcinia Cambogia, Acesulfame-K dan Ekstrak Senna. Mengandungi bahan perisa yang dibenarkan. Mengandungi bahan agen anti-pengerakan dan bahan pemekat sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.

Senarai Bahan (Perisa Vanilla): Serbuk Susu Skim, Fruktosa, Serbuk Beras Perang. Serbuk Whey, Psylum Husk, Serbuk Oat, DNF-10 (Ekstrak Yis). Vitamin Premix, Mineral Premix. Ekstrak Garcinia Cambogia, Acesuifarme K dan Ekstrak Senna Mengandungi bahan perisa yang dibenarkan. Mengandungi bathan agen anti-pengerakan dan bahan permekat sebagai kandisioner makaran yang dibenarkan.

KIRAAN KALORI NEUTROCUT HAUS

Perisa Vanilla : 1 Sachet x 25g = 364 kJoule / 87 kCal
Perisa Coklat : 1 Sachet x 25g = 352 kJoule / 84 kCal

Tahukah anda?
Proses ‘satiation’ akan menyebabkan anda berhenti makan. Manakala ‘satiety’ pula adalah perasaan kenyang yang berterusan setelah makan. Rasa kenyang inilah yang menyumbang kepada penurunan berat badan secara semulajadi.

BAHAN-BAHAN UTAMA NEUTROCUT HAUS

DNF-10 (EKSTRAK YIS)

DNF-10 telah terbukti melalui 4 kajian klinikal berjaya membantu pengurusan berat badan dengan mengawal selera makan.

Bahan berasaskan makanan ini diperoleh dari proses identifikasi peptida berat yang bermolekul sangat halus (<10 kDa) selepas proses proteolisis Saccharomyces cerevisiae (Yis untuk penapaian roti).

Manfaat
▪️ Sumber daripada makanan, Non-GMO, telah dipatenkan 2 Peptida untuk pengurusan berat badan
▪️ Pengurangan pengambilan kalori selepas minggu pertama
▪️ DNF-10 membantu pengurusan berat badan melalui pengantara rasa kenyang.

Peptida dari DNF- 10 menurunkan tindak balas hipotalamus neuropeptida Y (NPY) dan menurunkan ghrelin (pendorong rasa lapar). Dalam jangka masa panjang, DNF-10 juga terbukti meningkatkan rembesan leptin iaitu hormon kenyang yang dirembeskan oleh sel-sel lemak.

Hasilnya :
▪️ Kurang berfikir mengenai makanan pada waktu siang
▪️ Kurang pengambilan makanan
▪️ Kurang pengambilan kalori
▪️ Kurang berat badan!

EKSTRAK GARCINIA CAMBOGIA (BUAH ASAM GELUGUR)

Garcinia adalah tanaman di bawah keluarga Clusiaceae yang biasanya digunakan sebagai agen perasa di dalam masakan.

Di antara semua bahan aktif di dalam tumbuhan ini, asid hidroksisitrik (HCA) telah dikenal pasti sebagai sebatian aktif yang berpotensi untuk pengurusan berat badan. Pelbagai kajian in vivo telah menyumbang kepada kesan penurunan selera makan oleh Garcinia

Manfaat & Mekanisma
▪️ Mengurangkan Selera Makan
✔️ HCA dapat meningkatkan kadar serotonin, meningkatkan mood tidur dan mengakibatkan penurunan berat badan yang ketara.
✔️ Serotonin adalah neurotransmitter yang mempengaruhi mood dan corak tidur. Peningkatan kadar serotonin terbukti dapat mengurangkan pengambilan makanan, meningkatkan mood, dan menurunkan berat badan

▪️ Mengawal Kolestrol
✔️ HCA membantu penurunan berat badan dengan menghalang enzim yang disebut ATP- citrate-lyase (ACL). Enzim ini membantu mengubah karbohidrat berlebihan (gula) menjadi lemak dalam badan.
✔️ Menyekat enzim ACL dapat mengurangkan pengumpulan dan penyimpanan lemak dan juga mengurangkan pengeluaran LDL (kolesterol) dan trigliserida.

SKIMMED MILK (SUSU SKIM)

Susu skim adalah susu yang bebas dari lemak dan mempunyai kandungan lemak kurang dari 0.5% tanpa bahan tambahan yang mengandungi lemak. la juga kurang berkrim dan lebih ringan berbanding susu penuh.

Susu skim mempunyai lebih banyak kalsium dan protein jika dibandingkan dengan susu lemak penuh dan tidak mempunyai gula tambahan.

Manfaat
▪️ Tinggi dengan kalsium, magnesium, kalium, selenium
▪️ Sumber Vitamin A dan D
▪️ Sumber protein yang tinggi
▪️ Rendah kalori

BROWN RICE (BERAS PERANG)

Kaya dengan serat, beras perang mudah dicerna, membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

la membersihkan sistem usus, dan membantu pergerakan usus yang mudah dan lancar. Apabila sistem pencernaan itu kuat, anda dapat mengekalkan berat badan yang ideal.

Selain itu, beras perang membantu memberikan tenaga untuk jangka masa yang lebih lama. Ini kerana kandungan manganese yang terdapat dalam beras perang membantu untuk menjana protein dan karbohidrat, seterusnya mengubah makronutrien ini menjadi tenaga.

Anda akan kekal bertenaga dan membakar kalori tambahan dengan mudah disamping mengekalkan berat badan yang sihat.

Manfaat
▪️ Kaya dengan selenium dan manganese
▪️Membantu penurunan berat badan
▪️ Tinggi dengan serat
▪️CKaya dengan anti oksida
▪️ Perlepasan gula perlahan bagi membekal tenaga

PSYLLIUM HUSK (Plantago ovata)

Kaya dengan serat larut. Jenis serat larut dalam psyllium dikenali sebagai mucilage. Apabila dicampurkan dengan air, teksturnya melikat menjadi gel.

Ketika psyllium berada di dalam usus kita, ia menyerap air, melembutkan najis, dan memberikan perjalanan usus yang lancar.

Selain itu, serat psyllium dikatakan dapat menahan selera makan. la mengembang untuk membentuk zat di dalam usus, yang dapat membantu kita berasa kenyang lebih lama dan membantu penurunan berat badan.

Manfaat
▪️ Melegakan sembelit
▪️ Meningkatkan rasa kenyang dan menurunkan berat badan
▪️ Menurunkan tahap gula darah
▪️ Menurunkan tahap kolesterol
▪️ Baik untuk jantung

OAT POWDER (SERBUK OAT)

Kaya dengan serat larut yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Serat larut ini membantu melambatkan masa perpindahan makanan di usus dan mengurangkan penyerapan glukosa.

Oat juga mengandungi beta glukan yang merupakan agen penurunan lipid. Oat mengandungi pelbagai nutrien seperti serat, vitamin E, asid lemak penting, dan lain-lain yang menjadikan kedudukannya teratas dalam carta makanan sihat.

Manfaat
▪️ Membantu mengurangkan berat badan
▪️ Menghalang penyakit berkaitan jantung
▪️ Membantu masalah sembelit dan membantu berasa kenyang
▪️ Meningkatkan imun sistem

MANFAAT NEUTROCUT HAUS

  • Membantu mengawal dan mengurangkan selera makan secara semulajadi
  • Membekalkan tenaga, vitamin dan zat besi yang diperlukan oleh tubuh
  • Menurunkan berat badan secara sihat tanpa perlu berlapar
  • Meningkatkan kesihatan usus dalam membantu melancarkan proses di sistem pencernaan dan penghadaman .
Cara bancuh neutrocut

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *