Categories
Beauty Health Superfood

SUPPLIMENT IMUN NEUTROCUMIN C+ | HAUS SUPERFOOD

SUPPLIMENT IMUN NEUTROCUMIN C+ HAUS dicipta khas untuk memelihara dan meningkatkan kesihatan imun. Ia diformulasi untuk melindungi badan daripada penyakit atau bendasing yang berbahaya.

Sistem imun mengenal pasti pelbagai ancaman, termasuk virus, bakteria dan parasit, dan mengasingkannya daripada sel-sel dan tisu tubuh yang sihat.

SENARAI BAHAN :

Isomalt, Serbuk Jus Oren, Askorbik Asid (Vitamin C), Ekstrak Kunyit dan Probiotik B.longum, Acesulfame kalium (bahan pemanis tanpa zat), bahan perisa dan pewarna yang dibenarkan, agen anti-pengerakan, pengawal asid dan bahan penstabil sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Mengandungi 1.6 x 10⁸ cfu/g probiotik B.longum

BAHAN-BAHAN UTAMA NEUTROCUMIN C+ HAUS

CIRI – CIRI NEUTROCUMIN C+ HAUS

Gabungan ekstrak kunyit, Probiotik, Prebiotik dan Vitamin C dalam 1 tablet dapat membantu melengkapi keperluan nutrisi asas manusia.

Dengan ini, kesihatan imun dapat ditingkatkan terutamanya kesihatan usus dan jantung. Usus yang sihat akan membawa kepada tubuh badan yang lebih bertenaga dan rintangan untuk tidak mudah jatuh sakit.

Ia juga dapat diamalkan seisi keluarga kerana peratusan bahan dalam 1 tablet melengkapi keperluan minimum tubuh. Hanya 1 biji tablet untuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan 2 biji untuk remaja dan dewasa.

EKSTRAK KUNYIT/ TURMERIC EXTRACT

Kunyit merupakan tumbuhan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Diambil dari akar spesis Curcuma longa.

Dikenali sebagai rempah makanan, ia telah menarik perhatian para saintis untuk mengkaji manfaat perubatan daripada sebatian aktifnya yang disebut curcuminoids yang terdiri daripada curcumin, demethoxycurcumin dan bisdemethoxycurcmin.

Mekanisma
Curcumin dapat mempengaruhi sistem imuniti dengan dengan cara bekerja bersama sel-sel imun termasuklah proses neutrofil, makrofag, monosit, sel pembunuh semula jadi, sel dendritik, sel T, dan sel B.

Manfaat utama Curcumin yang ada dalam kunyit dapat meningkatkan aktiviti antioksidan pada masa yang sama menguatkan sistem imunisasi tubuh. Ia juga terkenal sebagai ejen anti-radang semulajadi untuk sel tubuh. Sekaligus membantu mengurangkan sakit sendi dan seumpamanya.

Kemampuan curcumin ditemui berpotensi besar dalam pembangunan perubatan bagi mencegah tekanan oksidatif, keradangan dan gangguan imunomodulator tubuh.

PROBIOTIC (BIFIDOBACTERIUM LONGUM)

Probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang didapati di dalam makanan fermentasi dan susu kultur. Ia digunakan secara meluas untuk formulasi makanan bayi.

Ia terkenal sebagai “bakteria baik”, yang memberikan banyak khasiat untuk kesihatan. Bifidobacterium longum adalah spesies bakteria Gram-positif yang secara semula jadi terdapat di saluran pencernaan manusia. Ia merupakan salah satu bakteria paling awal dalam usus bayi.

Mekanisma
B. longum adalah merupakan salah satu strain probiotik dengan bukti saintifik yang kuat mengenai kesan positifnya terhadap sistem imun.

B. longum sering ditambahkan pada
produk makanan sebagai probiotik dengan pelbagai faedah kesihatan.

Mekanisma tindakan probiotik yang utama termasuklah peningkatan penghalang epitelium, peningkatan lekatan pada mukosa usus, dan penghalang patogen (“bakteria jahat”), pengeluaran bahan anti-mikroorganisma dan memperbaiki sistem imun.

ASCORBIC ACID (VITAMIN C)

Dikenali sebagai asid L-askorbik. Merupakan vitamin penting larut air yang diperlukan bagi proses biologi dan fisiologi badan. Diketahui, tubuh manusia tidak dapat mensintesis vitamin C sendiri.

Oleh itu, Vitamin C hanya dapat diperolehi daripada pengambilan sumber makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia dapat mengekalkan fungsi metabolisma tubuh yang normal.

Manfaat dan kebaikan vitamin C ini, ia dapat meningkatkan sistem imun tubuh dengan membantu membaiki serta menyokong pelbagai fungsi rangkaian sel imunisasi di dalam tubuh.

Meningkatkan pembentukan semula kolagen untuk kecantikan kulit luar dan dalam. Kulit kembali anjal dan berseri. Selain itu, ia memberi struktur sihat kepada tulang, otot dan salur darah.

Tidak diragui, ia juga sebagai sumber antioksidan yang penting. Dapat membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Dos pengambilan
Kadar penyerapan Vitamin C yang paling optimum iaitu sekitar 70-90% adalah pada pengambilan 30mg hingga 180mg sehari. Namun, kadar penyerapan turun sehingga kurang dari 50% pada pengambilan melebihi 1000 mg sehari.

PENGAMBILAN VITAMIN C YANG BERLEBIHAN TIDAK AKAN DIPROSES LALU DIKELUARKAN
MELALUI SISTEM KUMUHAN!!

Mekanisma
Asid askorbik telah terbukti menyokong imunisasi dalam tubuh. Sel darah putih adalah komponen penting dalam sistem imun yang membantu melawan virus dan bakteria, penyebab kepada sesuatu penyakit atau wabak.

Vitamin C membantu merangsang pengeluaran dan fungsi sel darah putih. Ia juga membantu tubuh kita menghasilkan antibodi penting. Sifat antioksidannya yang kuat membantu melindungi sel darah putih daripada sebatian toksik yang dihasilkan dalam memerangi “bakteria jahat”.

Dengan kata lain, Vitamin C adalah nutrien penting untuk tindak balas sistem imunisasi yang sihat.

Fakta Neutrocumin C+

Disclaimer : produk ini bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Amat digalakkan yg mengalami masalah kesihatan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan sebelum membeli produk ini.

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *