Categories
Beauty Health

TIPS ATASI ECZEMA BAYI DAN KANAK-KANAK

Jom ikuti TIPS ATASI RADANG ECZEMA BAYI dan kanak-kanak dan elak tercetus nya ekzema agar tidak menjadi lebih teruk. Golongan dewasa juga tidak terkecuali.

Kecil lagi kot dah alami macam-macam derita. Eczema.. Ya ekzema. Penyakit yang gemar menyerang anak-anak kecil kini.

Keradangan kulit ni makin merebak & berjangkit setiap peringkat umur terutama bayi. Tahu tak korang cara atau tips untuk atasi eczema di kalangan bayi dan kanak-kanak?

Anak kecil ape tahu kan?Gatal ke dia..Sakit ke dia..Dia cuma tahu menangis. Nak cakap pun tak pandai lagi. Bayi tau, bukan orang dewasa. Klu kita kita ni, laju je tindakan nya. Makan ubat atau sapu krim kat tempat gatal tu.

Tengok gambar pun ibu rasa nak teriak. Ya Allah, sedih pilu tak boleh nak ucap nak describe betapa pedihnya hati tengok anak ni. Nak bagitau tak pandai lagi.

Gatal tu 1 hal dah tp kalau sampai luka, ko ghase? Kita nak sentuh pun takut. Takut akan buat anak rasa tak selesa. Nak letak ubat sapu pun, takut ubat tu buat kulit anak bertambah terengsa.

ECZEMA BOLEH BERJANGKIT

Ekzema ni boleh berjangkit ke?Tak leh awak. Tak berjangkit pun. Dah tu macam mana boleh terjadi?

Pencetus ekzema ni banyak wak. Sampai kita pun tak tahu punca. Ada yang alah kekacang, susu, seafood dan sebagainya. Habuk & peluh pun boleh cetuskan ekzema.

Ada juga doktor bagitahu, ibu ayah yang pernah dapat masalah asma atau ekzema, anak-anak mereka pun mudah dapat penyakit tu. Jika anak tu ada asma, penyakit aczema mereka kurang. Begitu juga sebaliknya. Lelah dan ekzema ni saling berkait rupanya.

Tapi dia punya gatal merenyam tu, tak leh bawak bincang. Sampai luka berkudis. Penyakit ni tiada ubat sebenarnya. Jika kita tahu punca, kita boleh kawal.

Kita hanya mampu slow down reaksi gejala dia je. Meredakan eczema dengan ubat-ubatan. Tetiba ia meletus, tetiba ia hilang. Bila masa kecil takde, tetiba dah besar baru kena. Tu yang pening.

Awak nak tahu cara atau tips atasi radang eczema bayi, kanak-kanak dan dewasa? Jom baca di bawah.

TIPS ATASI RADANG ECZEMA BAYI

  • Mandi air suam. Best tu. Badan pun terasa lebih segar dan bertenaga.
  • Guna tuala @ kain yang lembut semasa mengeringkan badan. Paling elok guna kain diperbuat dari kapas. Ia tidak mudah merengsakan kulit.
  • Pakai losyen atau pelembab selepas mandi. Bila kulit kita kering, itu yang buat gatal. Senantiasa memakai pelembab jika merasakan kulit menjadi kering @ gatal.
  • Pakai baju dari kain cotton @ kapas. Baju haruslah lembut & tidak ketat. Pakai baju longgar bagi udara bebas masuk. Jika kita berpeluh pun, badan tak rasa gatal.
  • Elakkan aktiviti yang cepat mengeluarkan peluh @ berada di tempat yang panas. Jika ingin juga bersenam, cari waktu yang sesuai. Awal pagi bila matahari pun tak timbul lagi. Sesudah bersenam, cepat-cepat bersihkan diri.
  • Jika tahu penyebab pencetus ekzema, elakkan makanan @ aktiviti tersebut. Contoh, Jika kita makan udang, lepas tu naik biji-biji gatal di kawasan kulit muka. Cuba la elakkan makan udang.
  • Kuku sentiasa bersih dan pendek untuk elak kulit luka @ jangkitan kuman berlaku. Bila dah gatal, automatik kita menggaru. Kuku tu bisa kerana kita tak tahu apa yang terselit kat celah kuku tu.
  • Elakkan guna sabun antibakteria ya. Sabun ini akan mengakibatkan tindak balas. Menjadikan kulit menjadi bertambah kering. Seperti sabun mandi & sabun kain.

MENCEGAH MELALUI KAEDAH PERUBATAN

  • Krim @ losyen anti-radang seperti hydrocortisone. Kebanyakan krim ini mengandungi steroid. Bila terlalu kerap menggunakan nya, kulit akan jadi lali. Lama kelamaan, ia tidak lagi berfungsi untuk meredakan radang kulit.
  • Ubat makan seperti antibiotik & ubat antihistamines jika terdapat jangkitan bakteria @ virus di kawasan keradangan.
  • Atau Boleh ikhtiarkan guna sabun dari bahan semulajadi seperti SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP dari Haus Cosmetics.

KENAPA SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP?

Diformulasi hanya dari bahan semulajadi seperti

  • Shea Butter
  • Spent Grain Wax
  • Argan Oil
  • St John’s Oil
  • Tea Tree Oil
  • Minyak Alpukat

Sabun ni tiada bahan penyawet dan wangian terhasil hanya dari campuran bahan-bahan natural tersebut.

Sifat aktif beauty soap sebagai anti-radang, anti-microb & antioksidan. Kerana ia mampu mengelakkan kulit mengalami keradangan yang lebih serius. 

Jika digunakan secara konsisten, ia dapat meningkatkan & mengekalkan kelembapan kulit. As a result, kulit bertambah halus dan licin.

Apabila kulit kembali lembab, ia membantu pembentukan sel-sel kulit baru yang sihat. Vitamin antioksidan yang ada juga melindungi lapisan luar epidermis kulit dari radikal bebas.

Tidak rugi berikhtiar. Kita mencuba sesuatu yang baik untuk anak. Dari anak terus menderita, ada perlunya kita amik langkah segera untuk bendung secepatnya.

ekzema beransur pulih dengan sabun Haus

By yuziaslinda.com

Assalammualaikum @ salam sejahtera semua. Happy Shopping guys

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *