Eh, ko ade tips untuk elak bibir kering dan hitam? Sejak guna lipsticks baru ni, bibir aku jadi mudah kering dan mengelupas. Tengok ni, dah ade pigmen gelap kat tepi bibir aku ni. Camne nak buat?
Ada 2 perkara sering menghantui awak kan terutamanya perempuan. Bibir ibarat mahkota kecantikan setanding dengan wajah. Ade ke cara nak bagi bibir cantik balik? Jom kita buat checklist diri sendiri dulu.
TANYA DIRI SENDIRI
- Minum air masak secukupnya. Jika kurang air dalam badan, bukan setakat bibir kering, badan pun mudah lesu dan tidak bertenaga.
- Elakkan minuman bersoda dan berkefein. Ini menyebabkan bibir mudah menjadi kering dan terhidrat.
- Terdedah pada radikal bebas. Habuk, debu malahan sering terdedah dengan ekon di tempat kerja juga boleh menyebabkan bibir mudah kering.
- Terdedah pada sinar matahari. Ini bahaya. Bila bibir lama terdedah, bukan sekadar kering. Bibir akan mudah berkedut dan menjadi gelap.
- Menjilat bibir. Ia hanya boleh melembapkan bibir seketika dan akhirnya bibir menjadi bertambah kering akibat tindak balas kimia air liur tersebut.
- Diet dan nutrisi tidak seimbang. Makan buah-buahan & sayur-sayuran tinggi zat besi, zinc dan vitamin B. Bukan saja untuk bibir, ia juga penting untuk fungsi tubuh yang lain.
TANYA LIPSTICK
- Baca ingredients. Terutamanya jika mempunyai bibir yang sensitif. Kemungkinan ada bahan yang membuatkan kesan elergi dan keradangan kepada bibir.
- Antara bahan-bahan yang boleh menyebabkan masalah bibir adalah petrolatum / petroleum jelly, paraben, chemical sunscreen (oxybenzone, octinoxate, and homosalate).
CARA MENGATASI BIBIR KERING, MENGELUPAS DAN GELAP
Klu awak nak tahu, kulit bibir lebih nipis berbanding dengan lapisan kulit di bahagian tubuh yang lain. Ia juga tidak mempunyai kilang sebum @ minyak untuk memberi kelembapan bibir secara semulajadi.
Oleh sebab itu la, bibir mudah kering jika tidak dijaga dengan betul. Bibir juga mudah berkedut dan nampak gelap bila awak melangkah usia 25 tahun dan ke atas. Masa ni di panggil fasa pra-penuaan.
Makin meningkat usia, bibir mudah kering, berkedut, tidak anjal kerana pembentukan kolagen semakin menurun. Jika dibiarkan terdedah pada sinar uv, bermulanya pigment gelap di permukaan bibir.
So, camne cara untuk elak masalah bibir camtu? Jom baca tips di bawah untuk dapatkan semula bibir sihat, cantik dan anjal.
BACA INGREDIENTS
Cari bahan-bahan yang sesuai dengan bibir. Bila kita seringkali bertukar brand Lipsticks, pasti awak boleh agak Lipsticks yang sesuai dengan awak. Jom check bahan yang bagus untuk kesihatan bibir.
BAHAN – BAHAN LILIN / WAX
BERASASKAN HAIWAN
Beeswax – lilin terawal digunakan di dalam lipsticks pada masa dulu. Harganya lebih murah dan mudah didapati. Fungsinya memberi dan mengekalkan kelembapan bibir.
Tetapi, tidak semua yang boleh pakai insect-based ingredients ni terutamanya bibir jenis sensitif/alergik. Ia akan menyebabkan bibir cepat kering dan merekah. Mereka yang vegetarians pun akan cuba elak guna bahan jenis ini.
BERASASKAN TUMBUHAN
- Carnauba wax
- Bayberry wax
- Candelilla wax
- Rice bran wax
- Sunflower wax
Senarai atas tu cuma sebahagian sahaja. Banyak lagi pilihan lilin berasaskan tumbuhan ni. Sifatnya lebih natural dan lebih selamat untuk bibir sensitif.
Lipsticks juga nampak lebih kemas dan cantik di bibir berbanding dengan beewax yang agak melekit tekstur nya. Ia juga mudah menyerap masuk ke dalam lapisan bibir.
BAHAN MELEMBAPKAN BIBIR
Minyak Argan antara minyak semulajadi yang biasa kita lihat di dalam ingredients lipsticks. Kelebihannya terbukti di dalam merawat luka-luka kecil dan memberi kelembapan kepada bibir dengan kelebihan vitamin E semulajadinya.
Minyak Jojoba dapat mengurangkan bibir kering, mengelupas dan merekah. Ia juga bagus untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan bibir yang terjadi akibat pra-penuaan.
Minyak kacang macadamia kaya Vitamin E semulajadi. Ia menyuburkan kulit dan mengelakkan bibir menjadi kering. Bibir kekal dalam keadaan lembap dan cantik.
Asid Hyaluronik dan Glycerin, tugasnya menarik kelembapan agar bibir sentiasa dalam keadaan yang lembap, lembut dan terhidrat.
Madu dan shea butter pun berperanan dalam melembapkan bibir. Ia juga membantu menyelakkan bibir dari mudah merekah dan mengelupas.
BAHAN AKTIF TAMBAHAN
Kini, Lipsticks tidak kurang hebatnya pasti ada bahan yang memberi nilai tambah pada pengguna. Antaranya,
Pelindung sinar Uv / sunscreen, keutamaannya untuk melindungi bibir dari terjadinya pigmen hitam yang menyebabkan bibir gelap. Sering terdedah dengan panas juga akan menyebabkan bibir mudah kering dan berkedut. Contohnya, Titanium Dioxide.
Anti-oksidan, Bahan ini memberi perlindungan terbaik untuk bibir. Kebiasaannya, vitamin C dan E adalah pilihan utama pengeluar Lipsticks. Dengan formulasi tertentu, tugas vitamin ini dapat mencerahkan tanda pigmen yang terjadi pada bibir.
Collagen Booster menjadikan bibir sentiasa awet muda. Walaupun sudah berusia, bibir masih kelihatan mungil, pinkish dan berseri.
Antara bahannya adalah peptida. Ia mampu membantu meningkatkan semula pembentukan kolagen bibir, mengurangkan kedutan dan mengelakkan masalah bibir.
PEWARNA
Warna yang mengiurkan pasti menjadi idaman wanita. Dari warna yang natural, nude hingga ke warna yang pekat menyerlah. Pemilihan warna Lipsticks yang tepat juga dapat menaikkan aura si pemakai. Tampil anggun dan bergaya.
Tetapi awas untuk bibir yang sensitif, bahan pewarna juga boleh menyebabkan awak mengalami masalah bibir. List down atau guna kod warna yang biasa digunakan walaupun berlainan jenama Lipsticks.
TEKSTUR LIPSTICKS
Bermacam tekstur untuk di pilih. Ada yang suka matte, creamy atau glossy. Teksture matte membuatkan lipsticks tahan lama di permukaan bibir terutamanya yang bersifat kalis air.
Tetapi formulasi jenis ini, kandungan bahan pelembap agak kurang berbanding tekstur creamy dan glossy. Jika bibir awak mudah kering, tekstur semi-matte mungkin boleh dijadikan pilihan tepat.
Di bawah, terdapat variasi lipstick yang pasti menarik awak untuk memilikinya.
LIPSTICKS PILIHAN
(Semi) Matte Velvet Lipsticks with SPF35 PA++++
Crystal Shine Magic Lipsticks / Lipbalm
Rujukan :
▪️ https://www.thezeroskin.com/blogs/skin-care-tips/5-step-lip-care-routine-that-helps-you-get-that-soft-and-pink-lips-naturally
▪️ https://www.beautybyearth.com/the-best-natural-lip-care-routine-for-dry-lips/