VIR Disinfectant Spray (VDS) merupakan semburan disinfektan sedia guna. Dengan bahan aktif terpilih yang telah diuji berkesan membasmi kesemua jenis kuman dengan efektif.
SENARAI BAHAN
Aqua, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Isopropyl Alcohol, Benzalkonium Chloride, Didecyldominium Chloride, Propylene Glycol, o-Phenylphenol, Parfum, Triethanolamine.
VIR DISINFECTANT SPRAY
MEMBUNUH KUMAN DAN VIRUS SEHINGGA 99.99%
Gabungan bahan aktif VDS mematuhi kriteria produk disinfektan. Ia tersenarai oleh United States Environmental Protection Agency (US-EPA) dan National Environmental Agency (NEA, Singapura).
VDS bertindak sebagai antibakteria, antikulat, anti-spora serta anti-virus dengan kesan pembasmian kuman berjumlah sehingga 99.9999%.
Semburkan VIR Disinfectant Spray ke semua peralatan untuk membasmi kuman dan menyegarkan anda dengan wangian eksklusif dari HAUS.

Berdasarkan data dari ujian makmal terhadap bahan aktif yang digunakan, VIR DISINFECTANT SPRAY mampu ⬇️
- Membunuh > 99.999% bakteria dalam masa 1 minit, dengan kesan ketahanan sehingga 4 jam.
- Membunuh > 99.999% kulat berspora yang tidak dapat ditangani dengan produk sanitasi biasa.
- Membunuh > 99.9999% kulat fungus walaupun pada permukaan yang kotor.
- Membunuh > 99.99% virus termasuk virus berselaput seperti HIN1 serta SARS-CoV-2.
Selamat digunakan untuk disinfeksi pada permukaan seperti lantai dan meja. Objek seperti tombol pintu dan suis lampu, serta pada tekstil tanpa jahitan (non-woven).
BAGAIMANA VDS BERFUNGSI?
BENZALKONIUM CHLORIDE (BKC) bersifat antiseptic, dan telah digunapakai oleh doktor bedah untuk sanitasi tangan sebelum pembedahan sejak tahun 1935 lagi.
Kesan antikuman Benzalkonium Chloride bertindak dengan penjerapan BKC kepada membrane sel. Menyebabkan membrane tersebut menjadi koyak dan bocor seterusnya memecah keluar segala komponen di dalam sel kuman tersebut.
BKC bersifat bacteriostatic dan fungistatic. Ia menyebabkan sesuatu bakteria dan kulat itu hilang keupayaan untuk membiak. Kemampuan membunuh bakteria dan kulat dengan sepenuhnya pada dos tertentu.
BKC mempunyai keaktifan yang tinggi terhadap virus berselaput seperti Coronavirus
Di dalam formulasi sabun pencuci, penggunaan BKC perlu diteliti kerana BKC tidak serasi jika digunakan dengan surfactant berion negative (anionic surfactant).
Penggunaan BKC juga akan menjadi kurang efektif. Jika dilarutkan dalam air yang tidak ditapis (hard water) atau pada permukaan kotor yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, jenis QAC terkini seperti DIDECYLDIMONIUM CHLORIDE yang juga terdapat dalam Haus VIR Disinfektan. Ia mempunyai kesan antibakteria yang lebih kuat and efektif pada air tidak bertapis dan permukaan yang kotor.
Kumpulan phenolic seperti O-PHENYLPHENOL yang terkandung dalam Haus VIR Disinfektan adalah sejenis compound organic. Mempunyai molekul karbon terikat pada dua lingkaran phenol.
lanya diklasifikasikan sebagai biocide. Iaitu bahan yang boleh membunuh organisma biology seperti bakteria, kulat dan virus. Keupayaannya mampu menyah-aktif enzim-enzim yang penting untuk metabolisma kuman tersebut.
Kelebihan o-phenylphenol ini adalah ianya mempunyai kesan berpanjangan selama beberapa jam selepas ianya digunakan, dan dengan penggunaan yang kerap, pertumbuhan bakteria semakin kurang pada permukaan yang disapu.
KELEBIHAN VIR DISINFECTANTS SPRAY
Kelebihan Formulasi VDS, ianya boleh digunakan untuk disinfeksi pada permukaan keras (hard surface), dan juga boleh digunakan pada tekstil tidak berjahit (non-woven).
lanya juga bersifat larut air (water-based) dengan kandungan alcohol yang minima, jadi ianya lebih selamat dan tidak mudah terbakar. Tidak seperti formulasi hand sanitizer yang perlu lebih perhatian terhadap penggunaan berdekatan dengan sumber api. lanya juga tidak akan menyebabkan kulit menjadi kering jika terkena seperti penggunaan hand sanitizer beralkohol.
Selain berkesan membasmi kuman, VDS juga diformulasi dengan pewangi segar eksklusif dan tahan lama yang memberi kesan wangi terhadap keseluruhan rumah. Tanpa perlu dibilas, VDS sesuai digunakan setiap hari untuk mengelakkan kontaminasi dari virus Covid- 19 serta jangkitan kuman bakteria yang lain.
CARA GUNA VDS
Semburkan VDS pada permukaan yang dikehendaki sehingga cecair meliputi keseluruhan permukaan tersebut. Biarkan permukaan dibasahi VDS selama 5 minit untuk pengaktifan bahan disinfektan. Lap permukaan dan biarkan kering tanpa perlu dibilas.
*Permukaan yang kotor dan berminyak perlu dibersihkan dahulu sebelum menggunakan VDS.